WADAH XINMIN
Arkib | Tenaga Pengajar Di Xinmin | Faktor X | Mari Belajar Bahasa | Forum Perdana | Kertas Latihan Bahasa | Karya Kreatif | Link Istimewa

Home









2 Ekspres Kertas 2. ( Jun )

BAHASA MELAYU

                                                                                                          MASA:  1 JAM

 

MENENGAH: 2 EKSPRES

 

SOALAN 1 (5 markah)

 

Arahan:   Ayat-ayat di bawah ini mengandungi beberapa kesalahan, sama ada dari segi penggunaan imbuhan, struktur atau penggunaan perkataan. Tulis semula ayat-ayat yang diberi supaya menjadi ayat yang sempurna di tempat yang disediakan.

 

1       Buku malam semalam yang saya baca sangat syiok.

         __________________________________________________________

 

2       Dia memutar-mutarkan buku yang baru pinjam dari perpustakaan itu.

         __________________________________________________________

 

3       Encik Mandela selepas mengangkat sumpah dalam ucapan perlantikannya berikrar untuk mewujudkan keamanan di Afrika Selatan.

         __________________________________________________________

 

4       Pak Ali masih cergas kepada kerja-kerja kebajikan tetapi usianya telah lanjut.

         __________________________________________________________

 

5       Jawatankuasa itu akan melepaskan soal membentuk rumah tumpangan kepada pengerusi untuk diputuskan.

         __________________________________________________________

 

SOALAN 2 (5 markah)

 

Arahan:  Bagi tiap-tiap perkataan yang bergaris bawah di dalam soalan-soalan berikut gantikan dengan perkataan yang sama ertinya dengan senarai di bawah ini.  Tulis jawapan kamu di tempat yang disediakan.

 

                 menduga         cepat                renggang           pisah               bongkar

                 cemerlang       bingung            aneh                   ingkar             ketara  

 

6       Pembangunan Singapura amat pesat sejak tahun-tahun lapan puluhan.

(________________)

 

7       Pak Dollah menyangka tentu budak nakal yang telah membuka kandang kambingnya semalam. (________________)

 

8       Sebagai seorang yang amanah, kita tidak patut memungkiri janji yang kita telah buat. (________________)

 

9       Ibu bapa Raju telah bercerai walaupun kedua-dua belah pihak keluarga telah cuba mendamaikan mereka. (________________)

 

10     Penduduk Jalan Tenteram berasa pelik tentang bagaimana rumah yang berkunci itu dapat dimasuki pencuri. (________________)

SOALAN 3 (10 markah)

 

Arahan:   Bagi tiap-tiap soalan di bawah ini terdapat dua perkataan yang berlainan imbuhannya.  Buatkan ayat bagi tiap-tiap perkataan itu bagi menunjukkan cara penggunaannya yang betul.

 

11    a)     berfikir                  :__________________________________________

 

        b)     memikirkan          :__________________________________________

 

 

12    a)  berada                  :__________________________________________

 

        b)  mengadakan       :__________________________________________

 

 

13    a) berpisah               :__________________________________________

 

        b) memisahkan        :__________________________________________

 

 

14    a)  bersalin                :__________________________________________

 

        b) menyalinkan         :__________________________________________

 

 

15    a) bersulam              :__________________________________________

 

        bmenyulamkan      :__________________________________________

 

 

 

SOALAN 4 (5 markah)

 

Arahan: Di dalam potongan karangan berikut terdapat 5 patah perkataan di dalam tanda kurung (    ).  Berikan imbuhan yang sesuai bagi perkataan-perkataan itu dan tuliskan perkataan yang telah diimbuh itu di kertas jawapan yang disediakan.

 

                

         Apakah yang dikatakan selat  (ikut)[16] _________definisi Kamus Dewan, selat (makna)[17] __________kawasan yang mempunyai (muka)[18] ___________ air yang sempit, yang (sambung)[19] ________________dua kawasan (air)[20] ____________yang luas.  Misalnya, Selat Melaka yang menyambungkan Lautan Hindi dengan Laut Cina Selatan.

 

 

 

 

 

SOALAN 5 (5 markah)

Arahan:   Di dalam petikan berikut ini terdapat tempat-tempat kosong.  Gunakan kata sendi atau kata penghubung yang sesuai mengikut konteks ayat-ayat tersebut.

 

21     Abang saya telah melawat bandar Perth, satu-satunya bandar utama ___________ Australia Barat.

 

22     Khadijah dan Alimah duduk bersembang-sembang _____________ menanti air mendidih.

 

23     _____________ Zainuddin berjawatan tinggi dan besar pula gajinya, dia tidak pula bermegah diri.

 

24     Penyeludup-penyeludup rokok yang diburu polis telah lari ke kawasan belukar ___________ menyelamatkan diri daripada tertangkap.

 

25     Sejauh yang kami tahu, semua permohonan pinjaman akan diluluskan ____________ pendapatan keluarga pemohon itu melebihi $850 sebulan.

 

 

SOALAN 6 (5 markah)

Arahan:   Berikut diberi lapan peribahasa.  Pilih peribahasa yang sesuai dengan konteks yang diberi.  Tuliskan peribahasa tersebut dalam ruang yang disediakan.

 

                  A   Seperti api dalam sekam

                  B   Bagai kerakap atas batu, hidup segan mati tak mahu

                  C   Seperti bunga, sedap dipakai layu dibuang

                  D   Bagai unta menyerah diri

                  E   Seperti gunting makan dihujung

                  F    Seperti aur dengan tebing

                  G   Sudah jatuh ditimpa tangga

                  H   Menangguk di air keruh

 

26     Sungguh sedih saya melihat Cik Jelita, sewaktu mudanya dahulu ramai pemuda tergila-gilakannya, tetapi setelah tua dia hidup bersendirian tiada berteman. (____________________________)

 

27     Saya tidak menyangka sikap Zuhaila yang secara diam-diam dia sanggup melakukan penganiayaan terhadap diri saya. (_________________________)

 

28     Untuk mewujudkan suasana harmoni di kalangan kaum di Singapura kita hendak selalu berkerjasama dan sanggup tolong-menolong di antara satu dengan yang lain. (____________________________)

 

29     Penipuan yang dilakukan secara senya-senyap itu akhirnya diketahui oleh majikan dan teman-teman sepejabatnya. (____________________________)

 

30     Perihal kehidupan keluarga seorang pembersih sampah yang melarat dan terpaksa tinggal di kawasan longgokan sampah-sarap telah mendapat perhatian daripada pemerintah. (____________________________)

 

SOALAN 7 (5 markah)

 

Arahan: Daripada senarai di bawah ini, pilih perkataan yang sesuai untuk diisikan di tempat-tempat kosong dalam petikan karangan berikut.  Kemudian tuliskan jawapan pilihan kamu itu di tempat yang disediakan di kertas jawapan.

 

                 jerih-jerih                                        tindak-tanduk

                 sedikit-sedikit                               lambat-laun

                 kusut-masai                                   pontang-panting

                 rebah-rempah                               sedu-sedan

                 berdegap-degup                          huru-hara

 

                 Dia bingung dan gelisah apabila memikirkan perkara itu.  Dia percaya [31]_____________ perkara itu akan terbongkar juga.  Polis pasti tahu akan kegiatan kumpulannya.  Jantungnya pasti [32]____________ menantikan hakim menjatuhkan hukuman ke atasnya.  Keluarganya pula akan ditimpa aib yang besar.  [33]_____________ tangisan keluarganya terbayang dalam fikirannya.

 

                 Fikirannya [34]_____________ apabila memikirkan masalah yang sedang dihadapinya.  Akhirnya, dia bertekad akan melaporkan [35]____________ kegiatan kumpulannya kepada pihak polis.  Hatinya akan berasa puas walaupun dia akan dihukum.  Dia yakin, dia tidak dapat lari daripada undang-undang.

 

 

 

SOALAN 8 (10 markah)

 

Arahan:   Isikan tempat-tempat kosong di dalam potongan karangan di bawah ini dengan perkataan-perkataan yang sesuai bagi melengkapkan potongan karangan tersebut.  Tuliskan jawapan kamu di tempat  yang disediakan.

 

                  Plastik amat penting dalam kehidupan kita.  Plastik bukan sahaja [36]___________ tetapi juga murah.  Plastik juga [37]____________ penebat yang baik, tidak seperti [38]_______________ dan besi, plastik tidak mudah [39]____________ atau berkarat.  Mungkin semasa anda [40]_____________ majalah kesayangan anda ini, anda [41]___________ duduk di atas kerusi yang [42]_____________ daripada plastik ataupun anda memakai [43]_________________ plastik.  Akan tetapi tahukah anda [44]___________ plastik dihasilkan?  Plastik dihasilkan daripada [45]_____________ kimia yang diproses.  Plastik boleh diperbuat daripada bahan kimia yang terdapat di dalam arang batu, gas atau minyak mentah.

 

 

 

SOALAN 9 (16 markah)

 

Arahan:  Baca potongan karangan di bawah ini dengan teliti kemudian jawab semua soalan yang mengikutinya.

 

                 Tidak ramai orang mempunyai gigi yang sempurna dan tidak sedikit pula orang yang mempunyai gigi yang rosak dan terpaksa memakai gigi palsu.  kecuaian menjaga gigi merupakan faktor utama yang membawa kepada kerosakan gigi dan lain-lain penyakit gigi.  Kebanyakan orang tidak mahu berjumpa dengan doktor gigi untuk memeriksa giginya kecuali apabila diserang sakit gigi yang teruk.

 

                 Kegagalan untuk berjumpa doktor gigi secara teratur seringkali berpunca daripada perasaan takut yang sudah sedia tertanam sejak zaman kanak-kanak lagi.  Secara tidak langsung kanak-kanak itu menghubungkan sakit gigi dengan doktor gigi dan akhirnya menyebabkan dia seboleh-bolehnya mahu mengelak daripada berjumpa doktor gigi.

 

                 Gigi yang sakit menunjukkan ia telah rosak.  Kadang-kadang kesakitan itu menandakan adanya penyakit di dalam selaput pengikat gigi atau di dalam tulang atau dalam bahagian-bahagian lain.  Kadang-kadang kesakitan adalah disebabkan oleh perasaan terutama kepada mereka yang mempunyai gigi yang sensitif.  Orang-orang ini akan mengalami sakit gigi apabila perasaannya terganggu.

 

                 Langkah yang wajar diambil apabila seseorang itu menghidapi sakit gigi ialah dengan pergi berjumpa doktor gigi secepat mungkin.  Seandainya doktor tidak ada, cubalah ubat-ubat yang ada di rumah atau di kedai-kedai ubat untuk mendapatkan kelegaan sementara.

 

                 Dalam keadaan cahaya yang cukup, kita dapat melihat dengan jelas lubang di bawah gigi yang sakit.  Lubang itu hendaklah dibersihkan baik-baik dengan kapas kemudian disumbat dengan kapas yang dicelup dalam minyak Clove Oil.  Jika ikhtiar ini tidak berkesan atau anda tidak dapat menemui lubangnya, maka tekaplah gigi itu dengan ais yang diisi dalam bekas getah atau dalam kain tuala.  Botol air panas boleh juga digunakan.

 

Arahan: Berdasarkan petikan di atas, pilih jawapan yang sesuai bagi tiap-tiap butiran berikut.  Kemudian tuliskan huruf jawapan pilihan kamu itu didalam tanda kurung (       ) yang disediakan.

 

46     Perkataan seringkali sesuai sekali digantikan dengan

 

         A   kadang-kadang                              C   selalu

         B   jarang-jarang                                  D   berkali-kali


47     Maksud frasa secepat mungkin ialah

 

         A   dengan masa yang cepat

         B   tidak boleh ditangguh lagi

         C   seberapa cepat yang boleh

         D   diharapkan dapat pergi dengan cepat

 

48     Apakah faktor utama yang membawa kepada kerosakan gigi?

 

         A   Tidak mahu berjumpa doktor gigi

         B   Gigi yang sakit tidak dicabut

         C   Kecuaian menggunakan gigi palsu

         D   Kecuaian dalam penjagaan gigi

 

49     Di bawah ini ialah sebab-sebab berlakunya sakit gigi kecuali

 

         A   terdapat penyakit dalam selaput gigi

         B   terdapat gangguan perasaan

         C   menggunakan ubat gigi yang salah

         D   terdapat lubang dalam gigi

 

50     Orang yang bagaimanakah mudah diserang sakit gigi apabila perasaannya terganggu?

 

         A   Orang yang giginya sensitif

         B   Orang yang kerap sakit gigi

         C   Orang yang memang giginya memang rosak

         D   Orang yang tidak menjaga giginya

 

51     Apakah cara yang paling baik bagi menghilangkan sakit gigi?

 

         A   Makan pil

         B   Didemah dengan air sejuk

         C   Disumbat dengan kapas yang telah dibasahi dengan Clove Oil

         D   Mencabut gigi

 

52     Apakah tajuk yang sesuai untuk rencana tersebut?

 

         A   Gigi dan peranannya

         B   Penyakit gigi

         C   Kesihatan gigi

         D   Penjagaan gigi

 

53     Mengapakah seseorang itu takut berjumpa doktor gigi?

 

         A   Doktor gigi sangat garang

         B   Doktor gigi yang menyebabkan sakit gigi

         C   Perasaan takut yang semula jadi sejak kanak-kanak

         D   Perasaan ditakut-takutkan jumpa doktor gigi  sejak kanak-kanak

 

SOALAN 10 (24 markah)

 

Arahan:   Baca dengan teliti potongan karangan di bawah ini, kemudian jawablah soalan-soalan yang mengikutinya.

 

            Hari semakin senja.  Arif mula bimbang.  Kalau hari sudah gelap, harapannya untuk mendapatkan kembali burung kesayangannya itu akan menjadi sukar.  Tiba-tiba burung merbuk itu terbang rendah dan hinggap di pintu sangkarnya.  Hati Arif terasa girang.  Tetapi belum pun dia sempat merapatinya, burung itu telah terbang ke tempat lain pula.

 

            Arif memetik-metikkan jarinya dengan harapan memujuk burung itu, tetapi perbuatannya itu sia-sia sahaja.  Burung itu terus terbang jauh.  Hati Arif benar-benar gusar.  Dia cuba mengikuti ke mana burung itu terbang.  Dia harap burung itu akan letih dan jatuh ke tanah.  Burung itu seperti mempermain-mainkannya; sekejap terbang dan sekejap pula hinggap di dahan yang rendah, tetapi apabila Arif menghampirinya, ia terbang lagi.  Dia kesal kerana membawa burung kesayangannya itu ke hutan MacRitchie.

 

            Di mana aku sekarang? fikir Arif.  Dia memang sudah berada jauh di dalam hutan itu.  Keadaan yang sunyi serta kelam menjadikannya berasa takut.  Dia merasakan dirinya telah tersesat di hutan itu  -  sebuah kawasan yang tidak pernah ditempuhinya.  Niat untuk menangkap semula burungnya tadi kian luput.

 

            Dalam keadaan penuh  bimbang, Arif cuba mencari jalan keluar.  Dia berjalan sambil meredah semak samun.  Rasanya sudah jauh ia berjalan tetapi jalan keluar masih tidak kelihatan.  Arif tidak berputus asa.  Dia berjalan lagi.  Tiba-tiba hatinya berasa lapang kerana ternampak cahaya lampu dari sebuah pondok kecil.

 

            Semasa menghampiri pondok itu, Arif terdengar suara orang menjerit kesakitan dan diikuti pula oleh suatu tengkingan.  Dia terkejut dan mula berjalan berhati-hati menuju ke pondok itu.  Dirapatkan dirinya ke tepi dinding pondok itu.  Dari sebuah lubang kecil, dia melihat seorang gadis menangis terisak-isak.  Seorang lelaki pula berdiri sambil menarik rambut gadis itu.  Arif mengesyaki gadis itu seorang mangsa penculikan.

 

Arahan:   Berdasarkan petikan karangan di atas, jawab soalan-soalan  berikut dengan menggunakan ayat-ayat kamu sendiri.  Kemudian tuliskan jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan di Kertas Jawapan.

 

54     Mengapakah Arif berasa bimbang pada permulaan cerita?

         __________________________________________________________

 

55     Bagaimanakah burung itu mempermain-mainkan Arif?

__________________________________________________________

 

56     Jelaskan mengapa Arif tidak terus cuba untuk menangkap burung itu lagi.

__________________________________________________________

        

57     Nyatakan dua perkara yang Arif lihat dalam pondok itu.

__________________________________________________________

 

 

2E-Jun