WADAH XINMIN
Arkib | Tenaga Pengajar Di Xinmin | Faktor X | Mari Belajar Bahasa | Forum Perdana | Kertas Latihan Bahasa | Karya Kreatif | Link Istimewa

Home









Siti Aishah Samsudin 1E2

Malang Tidak Berbau

'Ayu, selepas engkau tamat pengajian di universiti nanti, kita kahwin ya?"
 
Ayu hanya tersenyum. Umurku semakin meningkat, aku mahu mendirikan sebuah famili dengan cepat. Ayu pacarku yang berusia 23 tahun masih menuntut di universiti lagi. Ayu, sperti namanya, mempunyai rupa paras yang cantik dan amat membahagiakan sesiapa sahaja yang melihatnya.Rupanya sungguh menawan.Aku bertemu dengannya di Politeknik Ngee Ann semasa kami sedang mendengar satu seminar tentang kesihatan.
 
Setiap hari selepas tamat kuliah, akulah yang akan menjemput Ayu pulang dan menghantarnya ke rumahnya di Bedok West.Aku telah melakukan rutin ini selama tiga tahun tanpa bosan. Bagiku Ayu adalah segala- galanya.Tanpa Ayu, mungkin aku tidak bahagia dalam hidup ini.Mungkin sukar bagiku untuk meneruskan kehidupanku.
 
Aku memulakan hariku seperti biasa. Entah mengapa hari itu ibuku tidak terhenti- henti menasihatkanku supaya menunggang motosikalku yang baru itu berhati- hati. Aku mengulangi nasihatnya" jangan laju- laju Man, sayangkan nyawa Man" setiap kali dia cuba untuk menasihatkanku lagi. Dia bosan dengan caraku, tapi dia tidak jenuh menasihatkanku. Akhir sekali dia berkata," Kaulah satu- satunya anak lelaki mak, mak sayang kau Man, jangan laju-laju ya?"
 
Selepas sahaja aku bersarapan, aku keluar rumah dan terus menuju ke tempat kerja. Dalam perjalanan ke tempat kerjaku, aku perasan bahawa tayar motosikalku sudah haus. Dalam kotak fikiranku, aku catatkan bahawa esok aku akan menukarnya kepada yang baru.
 
Sampai sahaja di tempat kerjaku, aku masuk ke pejabat dan memulakan kerja. Hari itu semuanya berjalan lancar.Aku berasa lega yang bukan main, lain daripada hari lain, aku gembira, senang dan tiada apa kesusahan.  Tepat pada jam 5 petang, aku mengucapkan selamat tinggal kepada teman sepejabat. Hari itu sememangnya aku telah berjanji untuk menjemput Ayu, seperti hari biasa.
 
Setibanya aku diperkarangan universiti tempat Ayu berkuliah, hujan mula turun dengan lebatnya. Mujur juga aku mempunyai pakaian hujan untuk kita berdua. Selepas menghantar Ayu pulang niatku adalah untuk singgah ke masjid untuk mengerjakan solat Asar yang belum sempat aku sempurnakan. Maka dalam hujan yang lebat, aku menaikkan kelajuan motorsikal baruku. Ada juga aku terasa Ayu menepuk bahuku menyuruhku perlahankan motorsikalku, tapi apa kan daya, waktu Asar hampir dekat, maka aku berkata kepadanya," Ayu, Azam kena cepat sikit, Azam hendak sembahyang Asar." Ayu menerpa," Ada masa lagi Azam, jangan laju sangat, tadi kenapa tidak sembahyang di tempat kerja dulu...?" Aku tersenyum, aku sedar, ini kesalahanku.

Dengah tidak semena- mena, sebuah teksi kuning memotong masuk ke lorongku. Tidak sempat langsung aku mengurangkan kelajuanku. Aku menekan brek lantas motosikalku tergelincir masuk ke bawah badan teksi kuning itu. Aku nampak Ayu terhumban terus ke bawah teksi itu. Teksi itu dalam keadaan tidak huru hara melanggar sebuah kereta di hadapannya. Aku menjerit kesakitan, mana Ayu? Fikiranku mula melayang jauh, namun suara sayup - sayup yang memanggil namaku berkali- kali mula lenyap dari kuping telingaku. Aku menolehkan kepalaku yang sudah di lantai basah itu ke kanan dan ke kiri lagi, masih tiada suara Ayu, masih tiada wajah Ayu.
 
Aku sedarkan diri setelah berada di hospital selama empat hari. Kakiku telah tidak dapat diselamatkan. Aku masih ingat apa yang terjadi. Alhamdulillah otakku masih boleh berfungsi. Jauh di lubuk hatiku, aku berasa teramat bersalah. Hilang kakiku tidak menjadi beban bagiku, tapi hilangnya seorang yang menjadi tahta di hatiku, tiada ubatnya. Aku pembunuh, aku bersalah, aku kejam, dan akulah yang akan menanggung semuanya ini sehingga akhir hayat ini. Nasihat ibuku masih ternyiang- nyiang di telinga ini, aku sedar malang yang menimpaku tidak berbau tetapi mengapa aku tidak endahkan nasihat ibu?