WADAH XINMIN
Majlis Persaraan Cikgu Jaiton

HOME

Arkib
Tenaga Pengajar Di Xinmin
Faktor X
Mari Belajar Bahasa
Forum Perdana
Kertas Latihan Bahasa
Karya Kreatif
Link Istimewa

Satu Majlis Persaraan telah diadakan di Bilik AVA Sekolah Menengah Xinmin oleh para pelajar untuk Cikgu Jaiton. Walaupun beliau masih ada tempoh mengajar di Xinmin selama seminggu lagi, ia telah diadakan lebih awal lagi kerana minggu persaraannya merupakan minggu kita mula berpuasa.
 
Jasa Cikgu Jaiton tidak dapat dinilai banyaknya di sekolah ini. Beliau telah mengajar semua murid yang hadir dalam majlis itu dalam tahun pertama dan kedua mereka di sekolah ini. Maka majlis ini bertambah maknanya apabila semua pelajar dari Menengah 1 hingga 5 dapat bersama dalam satu ruang untuk mengucapkan Selamat Bersara buat Cikgu Jaiton.
 
Majlis bermula dengan ucapan oleh Pengetua, Puan Low dan diikuti oleh Ucapan Naib pengetua, Puan Chow. Cikgu Jaiton juga turut menyampaikan betapa besar hati  beliau daapt bersama - sama dengan semua murid di sekolah ini yang pernah diajarnya.
 
Pelajar Menengah 5N2, Khairil membuka majlis dengan bacaan doa selamat dan ini diikuti oleh wakil setiap kelas yang berucap, meminta maaf atas salah dan silap serta memperkatakan sesuatu untuk Cikgu Jaiton. Semua wakil pelajar ini juga turut juga memberi cerderahati ikhlas mereka kepada Cikgu Jaiton. Majlis ditutup dengan santapan juada ringan.
 
Kepada Cikgu Jaiton, kami di Xinmin mengucapkan Selamat Bersara dan Semoga Panjang Umur, kita bertemu lagi.
 

Santapan Juadah Ringan
dscf0093.jpg
Naib Pengetua Puan Chow, Ketua Jabatan Bahasa Ibunda Puan Fong dan Cikgu Jaiton memulakan 'upacara'

Semua Pelajar Yang Hadir
dscf0094.jpg
Menuggu giliran mereka untuk memulakan upacara santapan

dscf0095.jpg
Masih menunggu

Salam Akhir
dscf0114.jpg
Bergaya bersama yang mahu bersara

Hari terakhir Cikgu Jaiton di Xinmin ialah tanggal 4 hb November 2003. Perasaan sebak dan mengharukan begitu terasa pada hari ini lebih- lebih lagi oleh mereka yang selalu bertugas dengannya. Selamat tinggal Cikgu Jaiton, Selamat bersara.Semoga bertemu di lain ruang dan waktu.

Alamak Pinggan Perak
dscf0108.jpg
Berat betul pinggan perak ni...

Alamak Pinggan Perak
dscf0108.jpg
Berat betul benda ni

Cenderhati Perpisahan
dscf0101.jpg
Seronoknya dapat tudung Hari Raya

Cenderhati Persaraan
dscf0110.jpg
Apa nak buat dengan benda ni ya ?

Sedihnya
dscf0118.jpg
Baru berkenalan, sudah berpisahan

Lucunya
dscf0116.jpg
Terima Kasih Cikgu kerana I dapat tempat duduk you..

Sedih juga ya
dscf0117.jpg
Siapa nak tumpang pergi balik sekolah ni ?