WADAH XINMIN
Arkib | Tenaga Pengajar Di Xinmin | Faktor X | Mari Belajar Bahasa | Forum Perdana | Kertas Latihan Bahasa | Karya Kreatif | Link Istimewa

Home









Tenaga Pengajar Di Xinmin

Ingin tahu dengan lebih dekat lagi siapa para pendidik di Xinmin ?

Tiga orang pendidik yang berdedikasi menjadi tunggak Jabatan Bahasa Melayu di Xinmin. Yang paling lama mengajar di Xinmin ialah Cik Jaiton, yang telah menyumbang tenaga selama 12 tahun di Xinmin. Beliau adalah bekas lulusan Teachers Training College, TTC dan telah berpengalaman mengajar berbagai peringkat di sekolah menengah. Guru mapan ini aktif dalam segala kegiatan di Xinmin terutama sekali dalam apa jua yang berkaitan dengan BM. Baru - baru ini beliau telah menyumbangkan idea beliau dalam satu perkongsian pengajaran IT bersama guru - guru lain di NIE. Syabas Cikgu Jaiton.
 
Guru yang telah berkhidmat di Xinmin semenjak tahun 2001, Puan Norliza, merupakan seorang guru yang berdedikasi. Setiap tahun murid beliau yang mengambil peperiksaan GCE N dan O mendapat keputusan yang cemerlang. Beliau adalah lulusan Universiti Malaya yang amat berminat dalam pengajaran Bahasa Melayu.
 
Guru baru di sekolah ini ialah Puan Ida. Beliau merupakan seorang guru mapan, tetapi baru sahaja pulang dari pengajian Sarjana (Masters) beliau. Beliau berminat dalam penulisan dan pengajaran bahasa, baik dalam bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris. Beliau berkecimpung dalam menyampaikan pembelajaran yang baik dan menarik. Sebenarnya beliau ini guru paling 'hilarious', kelakar habis, ini semua kerana, beliau amat percaya pembelajaran yang baik hanya akan berlaku jika kesemua murid beliau 'happy' dan dalam situasi yang bersahaja.

Selamat berkenalan !

cikjaiton.jpg

Masih aktif walau mahu bersara!

Satu Tugas Yang Mencabar !

Semua pelajar akan merindui Cikgu Jaiton apabila beliau bersara kelak.

Kata - Kata Mutiara
 
 
Memang baik menjadi orang besar, tetapi lebih penting menjadi orang baik. ~ Cikgu Jaiton

 
 
 
 
 
 
 
 
Dengan ilmu kita berada
dengan ilmu kita berjaya
dengan ilmu kita merdeka
dengan ilmu kita manusia.
~ Puan Ida

mom.jpg