WADAH XINMIN
Kertas 2 - 4Ekspress dan 5 Normal Akademik

Home

Arkib | Tenaga Pengajar Di Xinmin | Faktor X | Mari Belajar Bahasa | Forum Perdana | Kertas Latihan Bahasa | Karya Kreatif | Link Istimewa

 

Subject       :         Malay Language (Paper 2)

Level          :         Sec 4 Express / 5 Normal

Date           :         18 September 2003

Duration     :         2 hours

Setter         :                    Puan Ida Susila Suandi

 

 

ARAHAN

 

1.      Baca dengan teliti arahan arahan yang diberikan bagi tiap tiap bahagian dan jawab soalan seperti yang diarahkan.

 

2.      Jawab semua soalan. Semua jawapan kamu hendaklah ditulis di Kertas Jawapan yang disediakan.

 

3.      Kamu tidak dibenarkan membawa keluar Kertas Jawapan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 BAHAGIAN A

 

Soalan A1 ( 10 markah)

 

Arahan :   Baca dengan teliti petikan yang diberikan.Pilih perkataan yang paling sesuai daripada perkataan- perkataan yang diberikan dalam kurungan(      ) bagi melengkapkan jalan ceritanya. Kemudian,tulis jawapan pilihan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.

                  Perasaan belas ihsan dan sensitif yang ditunjukkan kembar Siam dari Iran, Allahyarhamha Ladan dan Allahyarhamha Laleh Bajani sangat luar biasa ______(1) _____ (agar, sehingga, supaya, bahkan)  ia meninggalkan kesan besar ke atas Cik Yvonne Huang, seorang kaunselor. ___(2)______(Justeru, Kalau, Tetapi, Walaupun) akan menghadapi pembedahan terpenting di dalam hidup mereka, kembar itu sempat menunjukkan rasa prihatin ____(3)______ (menghadapi, dihadapi, terhadap, dihadapkan) nasib seorang budak lelaki buta yang menghidapi penyakit otak. Kembar itu, yang tercantum di kepala dan berkongsi urat saluran darah di otak, cuba ______(4)____ (terpisah, memisahkan, dipisahkan, berpisah) menerusi satu pembedahan di Hospital Raffles Ahad lalu. Namun, setelah 50 jam dibedah dan ______(5)_____ (ahli, semua, para, pakar) doktor berjaya memisahkan kedua-duanya, mereka meninggal dunia akibat kehilangan terlalu banyak darah.

               Ketika ditemui baru-baru ini, Cik Huang, 46 tahun, yang mempunyai lebih 10 tahun pengalaman dalam ______(6)_____ (jurusan,bidang,teknik,lapangan) kaunseling, berkata itulah kali pertama beliau berasakan satu kehilangan besar sehingga menyentuh _______(7) ______(mindanya, hatinya, perasaannya, sanubarinya) dengan mendalam sekali. Menceritakan lagi pengalamannya bersama mereka, Cik Huang berkata Allahyarhamha Laleh telah meminta untuk _______(8)_____ (menemui, bertemu,ditemukan, penemuan) budak lelaki buta itu yang dalam jagaan Cik Huang.  Dengan secara spontan selepas melihat budak itu, Allahyarhamha Laleh telah ______(9)_____(sarankan,bersaran,menyarankan, disarankan) agar Cik Huang membelikan pita bunyi-bunyian seperti bunyian binatang agar budak itu dapat membezakan bunyian dengan lebih mudah. Allahyarhamha Laleh turut menawarkan _____(10)____(agar,supaya,untuk,demi) membelikan pita tersebut. Cik Huang begitu terharu dengan tindak- tanduk kedua kembar ini.

(Dipetik dan diubahsuai dari Cyberita.asia1.com.10,Julai 2003)

 

Soalan A2 ( 5 markah)

Arahan :   Pilih peribahasa yang sesuai daripada senarai yang diberikan  bagi melengkapkan jalan cerita petikan karangan. Kemudian tulis huruf jawapan pilihan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.

 

            A     ikat perut

            B     memerah otak

            C     gelombang hidup

            D     air pun ada pasang surutnya

            E     tangan mencencang bahu memikul

            F     ingat sebelum kena,jimat sebelum habis

            G     berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

            H     kail sebentuk umpan seekor, sehari putus sehari hanyut

            I      kalau tidak ada berada takkan tempua bersarang rendah

               J      laut mana yang tidak berombak , bumi mana yang tidak ditimpa hujan

                            Keadaan hidup mereka yang susah telah memberi tekad kepada Osman dan adik - adiknya untuk mengubah nasib mereka. Semenjak bapa mereka yang bertugas sebagai pengawal keselamatan diberhentikan kerja, mereka telah ____(11)___ mencari jalan untuk menampung perbelanjaaan seharian mereka. Selain ___(12)___ dan hanya makan dan membeli apa yang diperlukan, mereka  tidak membuang masa dan melakukan semua tugas mereka bersama bak kata orang, ____(13)___. Ini termasuklah menolong ibu mereka menjual kuih dan nasi lemak sebaik sahaja pulang dari sekolah. Mujur juga bapa mereka mengamalkan tabiat___(14)___ semasa masih bekerja dahulu dan sempat mengumpul sedikit wang yang boleh digunakan sehingga dia dapat pekerjaan semula. Perniagaan ibu mereka juga mula bertambah maju. Mereka sedar, ___(15)___, pasti suatu hari mereka akan berjaya juga. Mereka bersyukur kerana telah dapat bersama sama mengubah nasib mereka perlahan perlahan.

 

Soalan A3 ( 15 markah)

Arahan :   Bina sepotong ayat yang sesuai dengan menggunakan setiap perkataan/frasa yang diberikan. Ayat kamu harus menunjukkan makna perkataan/frasa tersebut. Kemudian tulis ayat kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.

 

16      gelagat

17      meskipun

18      diabaikan

19      tidak keberatan

20      besar kemungkinan

Soalan A4 (10 markah)

Arahan: Isi tempat tempat kosong dalam petikan karangan yang berikut dengan sepatah perkataan yang sesuai dengan jalan ceritanya. Kemudian, tulis jawapan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.

                Teknologi  maklumat (IT) bukan hanya boleh digunakan untuk meningkatkan daya penghasilan malah juga untuk meluaskan ruang kreativiti. Bagi murid-murid Sekolah Rendah Princess Elizabeth, alat IT _____(21)______ untuk menghasilkan cetakan- cetekan batik. _____(22)_____ dengan menggunakan alat pencetak, _______(23)____ itu kemudiannya menghasilkan kemeja -T ______(24)_____ dihias dengan pelbagai ______(25)_____ batik.

                 Menurut Ketua Jabatan IT ______(26) _____tersebut, Encik Noor Isham Sanif, kaedah baru ________(27) ________ bukan sahaja memberi peluang _______(28)________ para penuntut menjana ilham _______(29)______ secara kreatif, bahkan ia _______(30)_______  menghasilkan penuntut yang berbakat usahawan dan berani mencipta.  Menurut Encik Noor Isham lagi, mereka mempunyai rancangan untuk memasarkan hasil penjualan kemeja T ini kelak untuk mengumpul dana bagi sekolah ataupun mana-mana projek kebajikan.

 

 

 

 

 

BAHAGIAN B (10 markah)

Arahan:   Baca dengan teliti karangan berikut.

                 Minat terhadap muzik hip hop tersemai sejak beliau muda. Namun, beliau menghadapi pelbagai cabaran dalam usahanya untuk menyemai minat yang sama di kalangan masyarakat Singapura. Oleh itu, apabila diberi peluang menyertai Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini, Sheikh Haikel tidak teragak-agak menerimanya.

                 Ketika ditemui baru-baru ini, Sheikh Haikel, 27 tahun, mendedahkan beliau telah lama menanti peluang untuk memperkenalkan seni dan muzik hip hop di persada negara. Dalam acara NDP itu kelak, beliau akan beraksi semasa segmen persembahan bagi mencerminkan kesediaan Singapura maju ke depan dengan tenaga belia memainkan peranan membangun negara.

                 Dendangan rap Sheikh Haikel, yang bergabung dengan kumpulan Urban Exchange, melambangkan kesediaan negara menerima irama hip hop sebagai satu gaya hidup baru. Sudah lama saya menanti peluang ini. Sebagai seorang penghibur hip hop, banyak cabaran yang telah saya lalui untuk perkenalkan muzik ini kepada masyarakat Singapura. Mereka anggap muzik ini hanya sesuai untuk remaja dan bukan golongan lain. Kata Sheikh Haikel.

                NDP adalah satu peluang baik kerana kami mempunyai lebih 60,000 penonton daripada semua lapisan usia di satu tempat untuk mendengar muzik kami. jelasnya, yang baru menyambut kelahiran anak sulungnya, Siti Triqka, Mei lalu.Menurut Sheikh Haikel lagi, biarpun muzik hip hop merupakan satu kegilaan di kalangan remaja, ia boleh dijadikan alat untuk menyampaikan mesej kepada semua golongan. Ini termasuk menjadi saluran untuk ibu bapa mendekati anak-anak remaja mereka dan menyampaikan nilai-nilai kehidupan.

                Tema lagu rap NDP tahun ini berkisar pada usaha membentuk remaja yang menyumbang dalam membangunkan negara. Remaja adalah masa depan kita dan mereka akan mainkan peranan besar dalam pembangunan negara. Jika mereka minat muzik, ia harus digunakan untuk menyampaikan nilai-nilai baik bagi membantu mereka dalam kehidupan, ujar Sheikh Haikel.

( Dipetik dan diubahsuai daripada Cyberita.Asia1.com.12, Julai 2003)

 

 

Arahan : Berdasarkan petikan karangan di halaman 5, jawab item-item yang berikut dengan memilih jawapan yang sesuai. Kemudian, tulis huruf jawapan pilihan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.

 

31             Sheikh Haikel ingin memperkenalkan seni dan muzik hip hop di persada negara untuk

_____________________________.

 

A  mempersembahkan sesuatu yang baru

B  menunjukkan yang beliau minat pada muzik jenis ini

C  mengenengahkan muzik ini sebagai satu acara berlainan

D  memperjelaskan bahawa muzik ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat

 

32             Mesej yang ingin disampaikan dalam acara muzik hip hop itu ialah _______________.

 

A   belia berperanan

B   belia boleh membangun negara

C   kesedian belia dalam memajukan negara Singapura

D   kesediaan Singapura maju ke depan dengan bantuan belia

 

33             Pada Sheikh Haikel yang menandakan bahawa negara Singapura sudah bersedia menerima muzik hip hop ialah _________________________.

     

            A   dengan mengadakan acara muzik ini dalam perbarisan NDP kelak

            B   kerana ia akan memberinya peluang menyampaikan mesejnya nanti

            C   dengan memberinya peluang menunjukkan sebuah gaya hidup baru.

            D   dengan memberinya peluang untuk berganding tenaga dengan Urban   

                  Exchange 

 

34             Cabaran yang dilalui Sheikh Haikel dalam mengembangkan seni muzik hip hop ialah _____________________________.

 

A    untuk memperkenalkannya kepada belia

B    untuk memperkenalkannya kepada negara lain

C    untuk memperkenalkannya kepada setiap lapisan masyarakat

D    untuk memperkenalkannya kepada mereka yang menonton perbarisan

       NDP

 

35             Menyampaikan nilai dan mesej melalui muzik melambangkan bahawa _________________.

  

            A    muzik menjadi kegilaan remaja

            B    acara muzik itu lebih bermakna

            C    muzik  penting untuk masyarakat

            D    muzik boleh memainkan peranan yang penting

                                  

 

 

 

BAHAGIAN C (30 markah)

Arahan:    Baca dengan teliti petikan karangan yang berikut.

                   Malam itu Kina membisu seribu bahasa di dalam bilik. Makanan dihidang di dapur tidak ingin dijamah langsung. Biasanya waktu begini selepas solat maghrib Kina akan mengadap rezeki bersama Atok, dan waktu itu jugalah Kina akan berceloteh pada Atok tentang kawan-kawannya di sekolah, tentang Zaki yang tak sudah-sudah menyakatnya ketika berbasikal pulang ke rumah pusaka peninggalan arwah Tok Aki. Tapi suasana malam ini berbeza, Kina tidak akan makan masakan Atok. Kina juga bertekad tidak akan keluar bilik. Kina sedih, Kina geram, hati Kina merajuk. Sampai hati Atok buat Kina macam ni, getus hatinya. Atok dah tak sayang Kina. Sampai hati Atok buang Kina sedangkan selama ini mereka tidak pernah berenggang walau ke mana-mana pun. Kalau Atok ke sawah, Kina ikut. Kalau Atok ke kebun untuk mengutip sayur, Kina ikut. Tapi bila Kina terpaksa pergi ke tempat lain, tempat yang tidak ingin langsung dia jejak, Atok langsung tidak ingin menemaninya. Atok jahat!

                   "Atok, kita kena pergi mana tok? Kalau pergi sehari dua Kina nak ikutlah, lama-lama tak boleh sebab Kina kena pergi sekolah. Kita nak pergi KL ya Tok? Seronoklah, kita pun dah lama tak pergi jalan-jalan...kan, tok?" kata Kina sambil memandang wanita yang berumur lebih kurang awal 40an di depannya. Terkejutnya dia apabila wanita ini mendakwa sebagai ibunya. Hmm... wajahnya ada iras Tok Aki. Entah mengapa dia rasa kurang senang dengan kehadirannya, perangainya amat tidak disenangi. Tapi Atok cuma membisu. Kina pelik, sejak kepulangan dia dari sekolah Atok tidak bercakap walau sepatah pun. Agaknya sebelum dia pulang dari sekolah lagi wanita ini sudah ada di sini, mungkin mereka juga sudah berbincang sesuatu.

           "Kina akan tinggal dengan Mama, jadi Kina akan tukar sekolah di KL. Jangan risau tentang sekolah, Mama akan uruskan. Kina ikut saja mama ya?" Kina terkedu. Dengan perlahan Kina menghampiri Atuk dan memegang erat tangannya. Atok bungkam.  "Betulkah Tok? Tidak mungkin Atok benarkan Kina ikut. Kina tidak mahu ikut! Apa jadi pun Kina tidak mahu ikut!"

           Tapi Atok tetap diam. Melihat reaksi Atok Kina mula menangis, nampaknya Atok memang setuju dia berpindah ke rumah wanita yang mendakwa dirinya mama Kina. Atok tak adil! Dia memeluk Atok dengan kuat sambil teresak-esak. Dia tidak mahu meninggalkan Atok. Tapi seketika kemudian dengan pandangan kosong,  Atok dengan perlahan-lahan bangkit dari tempat duduk dan melangkah menuju ke arah biliknya.Kina geram kerana  Atok tetap mendiamkan diri. Kenapa? Kenapa Atok benarkan dia bersama dengan wanita itu? Dia cuma inginkan Atok kerana Atoklah yang membesarkan dia selama ini.Dia cuma sayangkan Atok seorang. Kenapa pula sekarang wanita ini harus datang? Dia tidak berhak, langsung tidak berhak!

           Kina duduk di kaki tangga bersama Atok. Beg pakaian di kaki pintu sudah padat berisi dengan baju-bajunya. Dia mengejip-ngejipkan matanya. Adui matanya bengkak hasil dari tangisannya semalam. Rasa pedih, pening pun ada. Dia ingin bersama Atok dan kawan-kawannya di kampung. Tapi kata Atok dia lebih baik tinggal di sana, dia akan berjumpa lebih ramai kawan, makan minumnya terjaga dan masa depannya akan lebih terjamin. Tapi bagi pandangan gadis yang berumur 15 tahun itu Atoknya sudah tidak sayangkan dia. Mungkin Atok selama ini berasa beban menjaganya.

(dipetik dan diubahsuai  dari cerpen Atuk,oleh Dasila, khazanah Melayu, Malaysian Multimedia University,Februari, 2003)

 

Arahan :    Berdasarkan petikan karangan di halaman 7, jawab soalan- soalan yang berikut. Seberapa boleh , gunakan ayat-ayat kamu sendiri. Kemudian tulis jawapan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.

 

36             Apakah yang biasanya dilakukan oleh Kina pada setiap waktu selepas solat maghrib ?

 

37             Mengapakah Kina bertekad tidak mahu keluar dari biliknya ?

 

38             Kina tidak mahu mengikut Mama. Berikan dua sebab mengapa dia berasa demikian.

 

39             Pada pendapat kamu, mengapakah Atok dengan perlahan-lahan bangkit dari tempat duduk dan melangkah menuju ke arah biliknya ?

 

40             Kina melahirkan perasaan marah kepada Atok, mengapakah demikian? Berikan dua sebab.

 

41             Jika kamu berada di tempat Kina, apakah yang akan kamu lakukan, berikan sebab kamu.

 

 

 

SELESAI