BAHASA MELAYU
JUN MASA: 1 ½ JAM
MENENGAH: 1 EKSPRES
BAHAGIAN A (70 markah)
SOALAN A1 (10 markah)
Arahan: Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisikan tempat-tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini.
1 Emak melarang adik menggunakan pinggan kaca yang telah ___________ itu kerana merbahaya.
A belah C retak
B patah D hancur
2 Badan datuk Alimah kelihatan ___________ seperti sabut.
A bongkok C condong
B bengkok D serong
3 Majlis ___________ kakak akan diadakan pada penghujung minggu ini.
A bertunangkan C menunang
B pertunangan D ketunangan
4 Ketiadaan bekalan elektrik di kawasan berkenaan telah menimbulkan banyak___________ kepada penduduk kampung.
A menyulitkan C disulit
B sulitan D kesulitan
5 Pasangan Diraja itu diberi sambutan meriah. Dua ___________ tembakan meriam telah dilepaskan sebagai tanda bermulanya majlis tersebut.
A das C pucuk
B laras D butir
6 Pak Jamal menyarungkan___________ cincin ke jari isteri mudanya itu.
A sebiji C sebuah
B sebentuk D sebuku
7 ___________ berjaya menjejakkan kaki ke menara gading, Azman mula lupa daratan.
A Meskipun C Jikalau
C Setelah D Walaupun
8 Abang Fakrul termenung kerana teringatkan ___________nya yang jauh di luar negara.
A buah hati C iri hati
B jauh hati D besar hati
9 Alat perakam video itu diserahkan ___________ Abdullah.
A pada C dengan
B kepada D ke
10 ___________ gajah itu sedang mengamuk.
A Sepasukan C Segerombolan
C Seketumbukan D Sekawan
SOALAN A2 (10 markah)
Arahan: Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan kata ganda yang sesuai.
jejalur desas-desus kupu-kupu
khabar-khabar kunang-kunang berdekah-dekah
jejari berderai-derai hiruk-pikuk
kalau-kalau moga-moga kelip-kelip
11 ___________ basikalnya bengkok dan tidak boleh dikayuh lagi.
12 Kami mendengar ___________ bahawa Cikgu Zulkarnain akan bertukar ke Sekolah Menengah Sri Andalas.
13 ___________ ialah sejenis serangga yang tidak dapat mengeluarkan cahaya.
14 Para penonton ketawa ___________ apabila melihat telatah lucu pelawak itu.
15 Saya khuatir ___________ rancangan kita ini diketahui orang, kata Lokman kepada Indra Sharil.
SOALAN A3 (10 markah)
Arahan: Beri imbuhan yang sesuai bagi perkataan-perkataan dalam tanda kurung mengikut petikan yang diberi. Tulis perkataan-perkataan yang sudah diimbuh itu ditempat kosong yang disediakan.
Kepercayaan kepada semangat dan penunggu yang merupakan kepercayaan masyarakat Melayu, masih lagi (amal) [16] ___________ oleh sebahagian orang Melayu yang (agama) [17] ___________ Islam hingga sekarang. Hal ini jelas dilihat dalam (laku) [18] ___________ masyarakat dalam (hidup) [19] ___________ mereka sehari-hari walaupun (tentang) [20] ___________ dengan ajaran Islam. Misalnya, sebatang pokok yang besar dan luar biasa bentuknya (rupa) [21] ___________ tempat yang berpenunggu. Justeru, orang-orang tua sentiasa (ingat) [22] ___________ cucu mereka agar (jauh) [23] ___________ diri mereka dari pokok tersebut. (Andai) [24] ___________ mereka terpaksa juga berjalan di hadapan pokok itu, maka kebenaran mestilah diminta daripada penunggu itu. Lantaran itu, si cucu tadi semasa (lintas) [25] ___________ di hadapan pokok tadi terpaksalah berkata, Tabik datuk, cucu tumpang lalu.
SOALAN A4 (10 markah)
Arahan: Lengkapkan potongan berikut dengan perkataan yang sesuai. Tuliskan perkataan itu di tempat kosong yang disediakan.
Setelah menaiki feri di pangkalan feri Pusat Perdagangan Dunia, kami semua belayar menuju ke Sentosa. Kami berlima berasa amat [26] ___________ sewaktu berada dalam feri. [27] ___________ jauh lagi, semua mata [28] ___________ pada pangkalan feri yang [29] ___________ sahaja siap dan tersergam [30] ___________. Belum hangat tempat duduk, kami sudah sampai di pangkalan yang empat tingkat itu.
SOALAN A5 (20 markah)
Arahan: Di bawah ini disediakan 5 perkataan penjodoh bilangan. Bina ayat-ayat dengan penjodoh bilangan itu.
31 gulung : _______________________________________________
32 lembar ; _______________________________________________
33 kuntum : _______________________________________________
34 ikat : _______________________________________________
35 hiris : _______________________________________________
SOALAN A6 (10 markah)
Arahan: Isikan tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan Kata Ganti Nama Diri yang sesuai. Tulis jawapan kamu di tempat yang disediakan.
Engkau Beta Beliau Patek
Aku Kami Mereka Hamba
36 ___________ hendak tidur lebih awal pada malam ini kerana kurang sihat, kata Sundram kepada Sazali.
37 Menteri Kanan, Encik Lee Kuan Yew berlepas ke New York semalam untuk mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat. ___________ ditemani oleh isterinya dan beberapa orang menteri yang lain.
38 ___________ kah yang memberitahu Farid bahawa Encik Rashid hendak menjual rumahnya? Berapakah harga yang ditawarkannya? tanya Yazid kepada Kamarul.
39 ___________ hendak berangkat ke Negeri Inderaputra sebaik sahaja matahari terbit esok, titah Sultan Ahmad Syah kepada permaisuri baginda.
40 ___________ ialah jiran kamu. Namanya Haslinda dan saya pula ialah Hasyimah, kata Hasyimah kepada budak yang baru berpindah di sebelah rumahnya.
BAHAGIAN B (10 markah)
Arahan: Baca petikan karangan di bawah ini dengan cermat dan jawab semua soalan yang mengikutinya.
41 Mengapakah jiran tetangga dianggap sebagai saudara yang paling hampir dalam kehidupan seseorang itu?
A kerana mereka terpaksa menghulurkan bantuan jika dalam keadaan terdesak.
B kerana jiran yang akan membantu sekiranya kita dalam kesusahan.
C kerana mereka seperti darah daging kita sendiri.
D kerana jiran kita tidak mempunyai banyak pilihan. ( )
42 Pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing bermaksud.
A bersama-sama berusaha untuk mencapai kejayaan.
B sesuatu kerja itu dipikul sekiranya berat.
C sesuatu pekerjaan yang dilakukan bersama-sama.
D menjinjing sesuatu barang itu sekiranya ringan. ( )
43 Mengapakah konsep kejiranan di bandar kurang diamalkan?
A kerana masyarakat bandar terlalu sibuk mengejar kemewahan hingga mengabaikan hak kejiranan.
B kerana masyarakat bandar lebih suka mengurus kehidupan secara bersendirian.
C kerana mereka harus menjalani kehidupan secara bersendirian.
D kerana mereka tidak memahami konsep kejiranan. ( )
44 Hubungan kejiranan dapat dipupuk melalui cara-cara di bawah ini, kecuali
A sering bertanyakan khabar dan saling menolong.
B saling menziarahi apabila musim perayaan.
C menjalankan aktiviti bergotong-royong.
D tidak menghiraukan jiran yang mengalami masalah. ( )
45 Pada pendapat kamu, apakah faedahnya jika kita mengamalkan konsep kejiranan?
A mudah mendapat bantuan sekiranya ditimpa kemalangan.
B dapat mengetahui hal-hal peribadi jiran.
C kerja-kerja kita dapat disiapkan dengan cepat dan menjimatkan masa.
D dapat memupuk kepersefahaman, perpaduan dan kehormatan di kalangan masyarakat. ( )
BAHAGIAN C (20 markah)
Arahan: Baca dengan teliti petikan karangan di bawah ini. Kemudian, jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
Pada zaman dahulu, terdapat dua orang adik-beradik yang tinggal berdekatan dengan Sungai Sumatera. Mereka ialah Merah Caga dan Merah Silu. Mereka merupakan anak yatim piatu.
Pada suatu hari Merah Caga memberitahu adiknya bahawa dia ingin meninggalkan tempat itu untuk memulakan hidup baru.
Baiklah, bang. Tapi saya hendak tinggal di sini. Saya akan terus menangkap ikan, kata Merah Silu.
Setelah itu, kedua-dua orang adik-beradik itu pun berpisah. Merah Caga mendirikan sebuah rumah di sebuah kampung. Dia bekerja mengambil upah menebas kebun, bercucuk tanam dan memungut buah.
Walaupun hidupnya masih susah, Merah Silu tidak pernah berputus asa. Dia terus menahan lukah di sungai. Pada suatu hari, Merah Silu berasa amat terkejut apabila lukahnya dipenuhi dengan cacing. Merah Silu membuang cacing itu ke dalam sungai. Bagaimanapun, lukah Merah Silu masih dipenuhi dengan cacing untuk dua hari yang berikutnya.
Sudah tiga hari ikan tidak masuk ke dalam lukah ini. Kalau keadaan ini berterusan, tentu aku akan mati kelaparan. Baik aku rebus cacing-cacing ini dan memakannya, bisik Merah Silu.
Apabila sampai di rumah, Merah Silu pun merebus cacing-cacing itu. Tiba-tiba semua cacing itu bertukar menjadi emas dan buih-buihnya bertukar menjadi perak. Begitulah yang terjadi pada setiap hari. Tidak lama kemudian, Merah Silu pun menjadi kaya.
Merah Caga mendapat berita bahawa adiknya makan cacing.
Adikku telah membawa malu kepada aku. Aku akan membunuhnya. kata Merah Caga dengan marah.
Apabila mendapat tahu bahawa abangnya akan membunuhnya, Merah Silu pun melarikan diri ke satu tempat bernama Rimba Jerun. Di sana, dia mengupah beberapa orang membina rumah untuknya. Setelah mengetahui kekayaan Merah Silu, penduduk kampung itu pun menghormatinya.
Pada suatu hari, Merah Silu pergi berburu. Dia membawa seekor anjing untuk menemaninya. Anjing itu bernama Pasai. Semasa tiba di satu kawasan tinggi seperti bukit, tiba-tiba pasai pun menyalak.
Mengapakah agaknya Pasai menyalak? Merah Silu tertanya-tanya.
Tanpa membuang masa, Merah Silu pun naik ke atas bukit itu. Merah Silu berasa sungguh terkejut apabila melihat seekor semut sebesar kucing. Merah Silu mengambil semut besar itu dan dijadikan makanannya.
Merah Silu mendapati tempat itu sesuai dijadikan sebuah negeri. Dia mendirikan sebuah kota di situ dan menamakannya Samudera yang bererti semut besar. Ramai orang yang mendiami negeri itu. Mereka melantik Merah Silu sebagai raja mereka. Negeri itu menjadi tempat persinggahan para pelancong dari luar negeri.
Pada suatu hari, Merah Silu menerima kunjungan seorang pendakwah dari Mekah. Akhirnya Merah Silu pun memeluk agama Islam dan menukar namanya menjadi Sultan Malikus Salleh. Negeri Samudera menjadi bertambah makmur dan kaya.
Arahan: Berdasarkan petikan karangan yang diberi, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat-ayat kamu sendiri. Kemudian, tulis jawapan kamu di tempat yang disediakan.
46 Mengapakah Merah Caga berpindah ke tempat lain?
___________________________________________________________
47 Apakah keputusan Merah Silu apabila lukahnya dipenuhi dengan cacing untuk beberapa hari?
___________________________________________________________
48 Bagaimana Merah Silu menjadi kaya?
___________________________________________________________
49 Mengapa agaknya Pasai menyalak?
___________________________________________________________
50 Apakah yang berlaku setelah Merah Silu dikunjungi oleh seorang pendakwah dari Mekah?
___________________________________________________________
1E-Jun