WADAH XINMIN
Arkib | Tenaga Pengajar Di Xinmin | Faktor X | Mari Belajar Bahasa | Forum Perdana | Kertas Latihan Bahasa | Karya Kreatif | Link Istimewa

Home









Nur Liyana 3N3

Sebuah Cerita Menarik Yang Pernah Saya Baca.

 

Ramai orang mempunyai minat membaca. Membaca menjadi satu hobi seharian kita. Bagi diri saya, membaca menambah pengetahuan saya dalam berbagai hal. Ia juga mencetus minda saya membawa saya melangkah jauh dalam alam yang lain dari yang lain. Saya amat suka membaca buku-buku novel. Buku cerita Melayu yang paling menarik yang pernah saya baca berjudul Nabila. Buku ini telah menarik perhatian saya kerana isi kandungannya sangat baik dan menarik serta bahasa yang digunakannya sesuai bagi diri saya.

 

 Malangnya, ramai pelajar Melayu sekarang tidak sering membaca buku Melayu. Mereka gemar membaca buku-buku dalam bahasa Inggeris. Saya telah banyak membaca buku novel-novel Melayu dan Inggeris. Salah satu novel Melayu yang paling menarik ini,  dan yang melambangkan kaum wanita sekarang yang tabah menghadapi semua dugaan adalah cerita Nabila tadi. Sinopsis cerita ini begini:

 

Watak Nabila merupakan seorang gadis kampung yang diceritakan  dipaksa untuk berkahwin dengan saudaranya sendiri iaitu Hadi atas sebab- sebab tertentu. Mereka berdua sama-sekali tidak bersetuju dengan perkahwinan ini, tetapi mereka didesak oleh ibu-bapa mereka untuk berkahwin. Nabila harus menurut kata ibunya kerana dia tidak mahu mengecewakan ibunya yang sudah tua. Ayah Nabila sudah lama meninggal dunia dan kini tinggal ibu dan adik-adiknya di kampong.

 

Ibu mertua Nabila sangat membencikan Nabila. Begitu juga dengan Hadi. Rumahtangga Nabila tidak bahagia. Nabila ke Kuala Lumpur untuk tinggal bersama Hadi dan mertuanya. Keluarga Hadi berasal dari keluarga yang berada. Mereka tinggal di rumah bunglo yang besar dan mempunyai beberapa buah kereta yang mewah. Mujurlah bapa mertua Nabila dan adik iparnya, Zaki, dapat menerima Nabila di rumah mereka itu.

 

Nabila telah bercadang untuk menyambung pelajarannya untuk mengambil kelas-kelas malam. Dia ingin meneruskan pelajarannya supaya dia tidak berasa kekosongan. Orang yang menjemput Nabila dari kelas-kelas malam ialah Zaki, adik kepada suaminya, Hadi. Hari demi hari, mereka berdua semakin rapat lalu Zaki pula tertarik hati dengan Nabila. Hari semakin berlalu, Hadi mula tertarik hati dengan isterinya sendiri. Hadi mula berasa iri hati terhadap Zaki yang begitu rapat dengan Nabila. Zaki dan Hadi sering bergaduh antara satu sama lain kerana Nabila. Untuk mengelakkan pergaduhan, Nabila telah mengambil keputusan supaya Hadi melepaskannya supaya dia boleh menyambung pelajarannya. Hadi redha, lalu dia melepaskan isterinya yang dia sudah sangat sayangi.

 

Dari cerita ini, saya dapat pelajari dua pengajaran iaitu kecantikan seseorang datang daripada dalaman dan bukan luaran. Seperti Nabila yang pada mulanya dibenci oleh suaminya, lambat laun dia diterima dan disayangin, namun ini sudah terlambat. Pengajaran kedua ialah, kita sepatutnya menghormati  dan menghargai sseorang yang kita sayang sebelum kehilangannya satu hari nanti. Seperti hadi dalam cerita ini, yang terpaksa melepaskan isterinya kerana isterinya sudah tidak mempunyai perasaan kepadanya lagi.

 

Inilah antara kesan positif membaca.Kita dapat sedikit pengajaran tentang kehidupan dan juga boleh memanfaatkan apa yang dibaca.

 

Dikarang oleh:

NUR LIYANA BTE MUHD. ILLIAS 3N3

                                                                                              

Nur Liyana Illyas 3N3
dscf0067.jpg