WADAH XINMIN
Arkib | Tenaga Pengajar Di Xinmin | Faktor X | Mari Belajar Bahasa | Forum Perdana | Kertas Latihan Bahasa | Karya Kreatif | Link Istimewa

Home









Muhd Irsyad 1E5

Perlancongan Yang Tidak Dapat Saya Lupakan
 
 

Keluarga saya telah lama merancang untuk pergi ke Jakarta. Sudah agak lama kami tidak ke sana untuk membeli-belah dan juga untuk melawat keluarga pakcik saya yang tinggal di Jakarta.
 
Pada tanggal 2 Ogos 2003, kami sekeluarga berangkat ke Jakarta dengan menaiki pesawat Singapore Airlines. Setibanya di sana, kami dijemput oleh pakcik saya sekeluarga. Setelah berehat dan berbual sesama keluarga seketika, pakcik saya itu menghantar kami ke hotel tempat penginapan kami buat masa itu, iaitu di Hotel J W Marriot yang terletak di Jakarta Pusat. Bapa saya yang sememangnya sudah menempah penginapan di sana, sengaja memilih pakej perlancongan yang serba lengkap. Jadi apabila sahaja kami tiba, kami dihidangkan dengan minuman yang lazat dan sepinggan besar buah - buahan. Hmm, keseronokan bercuti mula dirasa dari saat itu.
 
Saya dan abang sangat gembira kerana hotel ini dilengkapi dengan berbagai kemudahan untuk beriadah. Kami mula berenang di kolam renangnya yang begitu unik sebaik sahaja menyalin pakaian dan meletakkan barang di kamar.  Selepas berenang, kami terus mencuba peralatan di gimnasium. Seronok sungguh kerana kami diberi layanan seperti tetamu penting walaupun kami hanya pelajar sekolah menengah. Jurulatih di gimnasium itu pula amat baik hati.
 
Pada hari keempat, iaitu pada 5 Ogos 2003, Pakcik  saya datang ke hotel untuk menjemput kami menginap di rumah mereka pula selama beberapa hari lagi di Jakarta sebelum berangkat pulang ke Singapura. Di lobi pula, setelah mengangkat barang- barang kami dari kamar, ibu mengajak kita semua berbufe di restoran Salendra yang bersebelahan dengan lobi hotel tersebut. Apalagi, saya terus bersetuju sahajalah. Namun demikian, makcik saya tidak setuju, beliau membantah kerana katanya, dia sudah siapkan hidangan - hidangan yang lazat , iaitu makanan asli Indonesia di rumahnya. Patah semangat saya mendengarnya, tapi apa boleh buat, cakap orang tua mesti dituruti.
 
Oleh yang demikian, ayah saya pergi melunaskan bayaran penginapan hotel tersebut. Pakcik saya pula mengambil kereta 'kijang'nya dan menunggu dekat dengan lobi. Baru sahaja saya meninggalkan perkarangan hotel, tiba - tiba sahaja sebuah letupan kedengaran dengan begitu kuat sekali. Mashaallah, amat terperanjat sekali saya dibuatnya. Keseluruhan hotel itu mula berterikan, semuanya terperanjat dan semua orang lari bagai lipas kudung. Saya teringatkan ayah yang masih dikaunter pembayaran. Saya menjerit sekuat hati,"Ayah...!" Ibu menjelma di depan saya dan memeluk tubuh saya sekuatnya, belum pernah saya lihat ibu begitu gementar atau kelam kabut. Dia menangis menjerit-jerit seperti kehilangan akal.
 
Kami berdua bergegas dari situ apabila kedengaran siren kereta bomba, kereta polis dan ambulans mula menderu ke tempat itu. Apabila kami berjalan pantas, satu suara yang sangat dikenali memanggil namaku dan ibu,"Irshad, Hah," (Nama ibuku Zaleha.)Kami menoleh dan melihat ayah sedang duduk di luar lobi tersebut, juga menangis dan kotor bajunya. Saya mula menangis teresak - esak, lebih tanda kesyukuran daripada ketakutan. Mana tidak, ayah saya terselamat.
 
Apabila kami berada di dalam kereta kijang pakcik saya, kami mula melihat apa yang telah sebenarnya terjadi. Pakcik, makcik, ibu , ayah dan kami dua beradik menangis melihat apa yang terjadi, ramai pula orang yang mengetuk- ngetuk tingkap kereta kami untuk meminta bantuan, namun tiada apa yang boleh kami lakukan. Orang ramai menderu- deru lari keluar dari hotel itu. Polis dan ramai lagi pekerja penyelamat berulang alik dan berteriakan antara satu sama lain untuk menyelamatkan mangsa. Kami di dalam kereta seperti menonton televisyen tentang kejadian malapetaka alam. Tubuh kami menggeletar, kesejukan akibat kesan terperanjat tadi. Semua kenderaan mula di suruh melewati jalan lain untuk memberi laluan kepada kenderaan penyelamat. Kami dihalakan ke hujung jalan. Dua tiga orang pak polisi Indonesia datang menyiasat kami. Sebuah kereta ambulans juga berhenti di tepi kami untuk memberi rawatan. Mujur tidak ada siapa yang tercedera. Mereka memberi kami setiap seorang sebotol air mineral untuk membasahkan tekak. Pak polisi mengambil nama- nama, alamat serta nombor telefon kami setelah menanyakan apa yang kami saksikan. Pakcik saya dalam bahasa Indonesianya yang pekat menerangkan segalanya. Setelah 45minit di dalam 'kijang' besi itu, kami mula berasa tidak selesa. Kami diberi tanda isyarat, tanda kebenaran meninggal tempat kejadian itu untuk beredar dari kawasan itu.
 
Ibu dan ayah memeluk saya dan abang sekuat hati mereka. Ayah memandang ke arah saya lalu berkata," Inilah satu perlancongan yang tidak dapat kita lupakan." Setelah itu, dia mencium dahi saya dan pada saat itu saya berasa bersyukur tidak menjadi mangsa pengeboman yang dasyat itu.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Enter content here

Enter supporting content here