B) Naratif / Deskriptif
1. Satu peristiwa yang telah merobek hatiku.
2. Dalam perjalanan pulang dari sekolah, kamu ternampak sekumpulan rakan sedarjah kamu bertekak dengan penjual runcit di sebuah kedai berdekatan sekolah kamu. Ceritakan apa yang telah kamu saksikan.
3. Pengalaman saya menaiki pesawat.
4. Aktiviti riadah yang paling berguna bagi diri saya.
5. Satu pengajaran yang saya terima dari seorang yang baru saya kenali.
6. Mulakan karangan anda dengan :
Pagi itu seperti biasa saya menyusun langkah untuk ke sekolah. Tapi pagi itu sunyi, tiada siapa yang menghantar saya ke pintu pagar, tidak seperti biasa. Sedang saya berjalan, saya terfikir, mengapa ibu tidak bangun untuk menghantar saya di pintu seperti biasa. Mengapa ibu ...
7. Akhirkan karangan kamu dengan:
Kini baru aku tahu betapa susahnya hidup tanpa kasih sayang seorang ibu. Aku sedar kekesalan tidak akan membawa ibuku semula ke dalam hidup ini, namun aku hanya dapat berdoa agar diampunkan dosa- dosa yang telah aku lakukan selama ini.
8. Sebuah filem yang menyayat hati
9. Pengalaman manis yang tidak dapat saya lupakan.
10 Sebuah coretan yang memberiku sebuah pengajaran.