WADAH XINMIN
Arkib | Tenaga Pengajar Di Xinmin | Faktor X | Mari Belajar Bahasa | Forum Perdana | Kertas Latihan Bahasa | Karya Kreatif | Link Istimewa

Home









Tugasan Cuti Sekolah

Lengkapkan Tugasan Yang disertakan di bawah ini. Buatkan tugasan yang diberi mengikut kelas anda yang tertentu

Menengah 3NA dan 3E
 
Tugasan 1 :
 
Semasa cuti sekolah ini, kamu dikehendaki membaca 5 artikel menarik dalam akhbar berita harian. Setiap artikel yang dipilih, hendaklah dari hari yang berbeza.
a)  potong keratan akhbar tersebut.
b)  tuliskan tarikh keratan akhbar itu diambil.
c)  Baca dan buatkan laporan ringkas mengenai keratan ini.
d)  tampalkan keratan akhbar ini di atas kertas dan tulis, atau taipkan ringkasan anda di bawahnya.
 
Tugasan 2 :
Laporan berita menarik/ Journal Aktiviti yang anda lakukan semasa cuti sekolah.
a)  ambilkan satu gambar menarik mengenai aktiviti yang anda lakukan semasa cuti sekolah, misalnya, gambar anda berhari raya , atau bercuti.
b) tampalkan beberapa keping gambar ini di atas kertas dan tuliskan laporan mengenainya.
c) laporan kamu itu hendaklah jelas dan merangkumi semua yang anda lakukan seperti yang tertera pada gambar - gambar yang anda berikan.
d) Laporan aktiviti ini tidak boleh kurang daripada 6 halaman.
 
Akhir sekali, masukkan kesemua, laporan keratan akhbar dan jurnal menarik anda dalam 1 'folder file'.
Buatkan  halaman depan yang menarik dan isikan dengan tajuk :
 
Aktiviti Bahasa Melayu Semasa Cuti Sekolah 2003
Keratan Akhbar dan Jurnal Aktiviti.
Hasil :  Nama kamu
Kelas : kelas Kamu
 
 
Tarikh menghantar tugasan ini ialah pada 3 Jan 2004, di kelas Puan Ida.

4 Normal Akademik
 
Tugasan 1
a) Baca tiga buah cerpen menarik yang tersiar dalam Berita Minggu.
b)  Cerpen- cerpen ini mestilah yang belum pernah anda baca
c)  Potong dan berikan tarikh bila cerpen ini disiarkan dalam BM.
d) Buatkan ringkasan cerpen tersebut dalam bentuk pita minda.
mengikut tajuk berikut :
Watak , Plot, Konflik, Klimaks, Penyelesaian.
Anda harus menerangkan apa yang terjadi dalam cerpen ini mengikut tajuk - tajuk dalam peta minda tersebut.
 
Tugasan 2
a) hasilkan sebuah cerpen yang tidak kurang daripada 600 patah perkataan.
b) taipkan dan cetak cerpen tersebut.
c) Hantarkan satu salinan cerpen anda melalui emel kepada saya di alamat puanida@lycos.com selewat- lewatnya 3 Januari 2004.
 
Kesemua tugasan ini harus juga dimuatkan dalam 'file folder' dan dihantar pada 3 Januari 2004 di kelas Puan Ida,



Enter supporting content here