WADAH XINMIN
Prosidur Kloz

HOME

Arkib
Tenaga Pengajar Di Xinmin
Faktor X
Mari Belajar Bahasa
Forum Perdana
Kertas Latihan Bahasa
Karya Kreatif
Link Istimewa

Prosidur Kloz merupakan aktiviti bahasa yang merangkumi berbagai aspek bahasa yang boleh menguji tahap kemahiran bahasa seseorang murid itu. Antara aspek penguasaan bahasa yang diuji ialah dari segi pemahaman, iaitu sama ada pelajar tadi faham dan mengetahui apa yang diketengahan. Begitu juga dengan jenis kata, golongan kata , iaitu menguji sama ada pelajar tadi sudah betul - betul mahir dengan kedua aspek ini sehingga dapat memilih yang tepat sekali untuk dimuatkan dalam tempat kosong yang diberi.
 

Tips menjawab soalan Prosidur Kloz:
 
Apabila diberi soalan prosidur kloz, para pelajar harus memastikan bahawa  :
 
1. petikan itu dibaca sekurang- kurangnya  2  kali sebelum mencuba
2. anda harus lihat dan fahamkan konsep petikan itu, apa yang ingin   
    disampaikan.
3. anda mencari sama ada perulangan isi boleh digunakan, sama ada
    perkataan yang sama  boleh digunakan semula.
4. anda mengetahui jenis kata / golongan kata apa yang harus
    diketengahkan.{ cth, dari atau daripada, ialah atau adalah]
5. anda perlu memilih perkataan yang paling tepat dari senarai kata seiras yang
    anda tahu.
6. petikan ini dibaca semula sehingga makna keseluruhan petikan difahami.
 
SELAMAT MENCUBA !

Latihan Prosidur Kloz Untuk Dicuba

Latihan 1 | Latihan 2 | Latihan 3|  Latihan 4| Latihan 5 |