Imbuhan awalan ter merupakan salah satu imbuhan awalan yang membawa makna kepada setiap perkataan yang digandingkan dengannya. Ia merubah makna perkataan itu secara keseluruhan.
Imbuhan ini dengan sendirinya membawa lima makna yang berbeza- beza. Mari kita lihat kelima- lima makna imbuhan ini.
1. Makna pertama imbuhan ter membawa makna baru kepada kata
adjektif. Awalan kepada kata adjektif ini memberi makna keadaan
paling .Contohnya : terbesar, tercantik , terbaru dan terluas.
Kesemua contoh di atas membawa makna paling; iaitu paling besar,
paling cantik,
Paling baru dan paling luas.
2. Gandingan Awalan ter juga membawa makna keadaan sudah sedia. Contohnya dalam perkataan : tersedia, termaktub, tersusun dan terbuka. Maknanya lebih jelas dalam ayat ayat di bawah ini :
a) Hidangan itu sudah tersedia apabila saya tiba.
b) Perkara itu sudah termaktub dalam senarai jenayah ringan.
c) Buku- bukunya sudah tersusun kemas semenjak dia pulang dari Australia.
d) Pintu rumah itu terbuka untuk para hadirin.
Ayat ayat ini mempunyai perkataan yang berimbuhan ter yang bermaksud sudah sedia terjadi.
3. Makna ketiga awalan ini ialah ia membawa maksud tidak sengaja. Contohnya dapat dilihat dalam perkataan perkataan di bawah ini:
terjatuh, tersungkuh, tersentuh, termakan, tergigit dan tercabut.
4. Makna keempat pula ialah ia membawa maksud keupayaan.
Contohnya :
terangkat, tertahan, terkata. Ini dapat dilihat maknanya dalam ayat ayat
berikut :
a) Saya tidak terangkat beg yang berat itu. ( maknanya tidak upaya mengangkat)
b) Oleh kerana tidak tertahan dengan perangai anaknya itu, Puan Minah memukulnya dengan rotan yang kasar.
c) Saya tidak terkata apabila dia mencemuh saya di depan khalayak ramai.
(membawa makna, tidak upaya bercakap)
5. Makna kelima awalanter ialah ia memberi makna kepada perkataan yang diulang. Contohnya : ternganga- nganga, terpinga- pinga, tercari cari, terensot- ensot. Kesemua makna perkataan ini memberi gambaran perulangan mahupun makna sebenar kepada aktiviti yang dimaksudkan.
Oleh : Puan Ida |