WADAH XINMIN
Format surat kiriman

HOME

Arkib
Tenaga Pengajar Di Xinmin
Faktor X
Mari Belajar Bahasa
Forum Perdana
Kertas Latihan Bahasa
Karya Kreatif
Link Istimewa

Dalam peperiksaan karangan, Bahagian A mengandungi soalan berbentuk penulisan fungsional, atau functional writing. Ini termasuklah penulisan surat. Penulisan surat terbahagi kepada dua, surat rasmi dan surat tidak rasmi. Di bawah ini telah dimuatkan format - format yang betul bagi kedua jenis surat ini.

Format Surat Kiriman Tidak Rasmi.

 

 

 

Nama pengirim

Alamat pengirim

 

 

Tarikh surat ditulis

 

 

Kata kata pengadap Contoh : Menemui sahabatku Julia yang diingati selalu.

 

 

Kepada siapa surat ini ditujukan, ( Saudara, Saudari, Ayahanda, Bonda, Nenda, Kakanda, Adinda dan sebagainya )

 

 

Permulaan Surat tidak terlalu panjang, biasanya dua tiga ayat sahaja.

 

 

Isi Surat Mulakan setiap isi di perenggan yang baru. Isi surat kiriman harus menetapi soalan yang dikemukakan secara tepat. Isi tambahan boleh melengkapi penerangan mengenai isi, tetapi jangan terlalu panjang.

 

 

 

Penutup surat  - Biasanya  sebagai mengakhiri surat, muatkan dengan harapan untuk bertemu lagi pada surat, warkah, lembaran yang akan datang atau dengan harapan dapat mendapat balasan atas surat yang kamu hantar ini.

 

 

 

Yang benar,

 

Tanda tangan, - jangan lupa menggunakan nama yang diberi dalam kertas soalan apabila menandatangani surat yang anda tulis.

 

Format Surat Kiriman Rasmi

 

Surat rasmi hanya digunakan jika anda menulis ke alamat yang berpejabat. Contohnya kepada Majlis Perbandaran Ester perumahan, pihak sekolah, syarikat swasta dan sebagainya. Format surat rasmi berbeza daripada surat kiriman tidak rasmi.

 

 

 

Nama Pengirim        }   kedua dua ini akan diberi di dalam kertas perperiksaan

Alamat Pengirim

 

Tarikh   -  tarikh peperiksaan

 

Nama penerima    biasanya nama atau panggilan orang ini ada tertera dalam soalan peperiksaan.

Jawatannya

Alamat pejabat

 

Tuan/ Puan   Jika ada diberi nama penerima, maka gunakan panggilan yang betul.

 

Per :   __________________       - gunankan perkara sebagai pengadap surat, gariskan perkara yang dikemukakan. Biasanya ia hanya mengandungi  2 -3 patah perkataan sahaja.

 

 

Permulaan surat -  Permulaan surat rasmi, haruslah tepat pada sasaran, iaitu memberi tujuan mengapa anda menulis.

 


Isi
surat terangkan maksud surat ada, perkara atau peristiwa yang membuat anda menulis. Jangan lupa setiap satu isi satu perenggan dan setiap isi harus diperkukuhkan dengan contoh.

 

Penutup surat Katakan pada penutup surat ini apakah yang kamu harapkan, misalnya kerjasama pihak penerima surat, perasaan anda mengenai perkara yang diketengahkan ataupun rujuk semula kepada punca asal anda menulis.

 

 

 

Yang benar/ yang berharap

 

 

Gunakan nama yang diberi dalam soalan peperiksaan anda.

 

 

 

Enter content here

Enter supporting content here