Nama pelakon /Watak :
Tempat : } Ketiga tiga ini berada di kepala dialog, atau tempat teratas.
Masa
Sinopsis dialog ------ Bahagian ini anda dikehendaki mengikut kehendak soalan, apa yang ingin dibincangkan oleh watak anda dalam dialog itu diterangkan di sini dalam satu atau 2 potong ayat sahaja.
Nama watak : ------ penulisan dialog akan bermula di sini dengan nama setiap watak yang berbual atau berdialog berada di sebelah kiri kertas tulisan anda. Buatkan kolum supaya nama watak anda dan dialognya tidak bercampur aduk . Lihat grafik di bawah penjelasan ini.
Penutup dialog seperti synopsis, penutup juga seharusnya mengandungi 2 3 potong ayat sebagai menutupi apa yang telah dibincangkan.
Contoh :
Watak / Pelakon : Nora dan adiknya Norman
Tempat : Di bilik tidur Nora
Masa : Sebelas malam
Nora dan adiknya Norman baru sahaja mendengar berita buruk tentang kemalangan yang berlaku keatas jirannya. Mereka dua tidak dapat tidur lalu berbual mengenai nasib jiran mereka itu.