WADAH XINMIN
Kata Pemeri - Ialah dan Adalah

Home

Arkib | Tenaga Pengajar Di Xinmin | Faktor X | Mari Belajar Bahasa | Forum Perdana | Kertas Latihan Bahasa | Karya Kreatif | Link Istimewa

KATA PEMERI -   IALAH DAN ADALAH

 





KATA pemeri merupakan salah satu aspek tatabahasa yang amat penting, walaupun penggunaannya amat terbatas dan tidak digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu. Namun, pengguna-pengguna bahasa Melayu sering keliru akan penggunaan kata pemeri yang betul.

Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Dalam bahasa Melayu, terdápat dua bentuk kata pemeri, iaitu "ialah" dan "adalah".

Menurut Kamus Dewan (halaman 439), kata pemeri 'ialah" bermaksud: (1) kata penghubung yang menerangan kata atau ayat yang di depan; (2) kata penghubung yang mendahului ayat yang menyatakan sebab terjadinya sesuatu. Sementara kata pemeri "adalah" berinaksud: (1) 'sesungguhnya' (digunakan pada permulaan ayat, kenyataan dan sebagainya); (2) ia bermaksud "ialah" (untuk menghubungkan sesuatu yang diperkatakan dengan huraian, penjelasan, dan sebagai yang mengenainya.

 

A.    Kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama. Contohnya;

 

(i)                 Warna pinang masak ialah warna kegemaran ibu saya.

(ii)               Salah satu masalah yang sedang dihadapi oleh negara kita ialah kekurangan tenaga pekerja

(iii)             Bangunan di hadapan sekolah saya ialah kelab masyarakat Bedok.

B.          Kata pemeri adalah boleh hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contohnya ;

 

(i)                 Kenyataan yang diberi oleh guru itu adalah sangat penting

(ii)               Fungsi utama tulang adalah sebagai pelingdung organ utama seperti jantung dan paru paru.

(iii)             Hadiah yang di atas meja itu adalah untuk ibunya yang meyambut hari lahirnya.

 

Perhatikan kata pemeri "ialah" dalam ayat-ayat yang berikut:

(i) Bangunan yang tinggi itu "ialah" kompleks membeli belah.


(ii) Salah satu masalah yang sedang dihadapi oleh negera-negara

membangun "ialah" kekurangan tenaga kerja profesional.


(iii) Antara perkara yang diutarakan dalam mesyuarat itu "ialah" peranan Bahasa Melayu dalam pembangunan luar bandar.


(iv) Fotosintesis "ialah" satu proses tumbuhan-tumbuhan membuat makanannya sendiri.

Sekarang perhatikan penggunaan kata pemeri "adalah" dalam ayat yang disenaraikana berikut:


(1) Banjir kali ini "adalah" banjir yang paling besar pada tahun ini.


(ii) Keputusan itu "adalah" tidak adil.


(iii) Sumbangan terbesar Sultan Abu Bakar "adalah" pemodenan negeri Johor.


(iv) Tuntutan para pekerja di kilang itu untuk kenaikan gaji "adalah" tidak wajar.

Pada umumnnya, kata pemeri  tidak boleh hadir bersama-sama kata nafi.

 

Contoh:

(i) Pelajar-pelajar yang kena tangkap itu "ialah" bukan pelajar-pelajar dan sekolah kami.


(ii) Siswazah yang baru lulus itu "ialah" bukan untuk kakitangan kerajaan.

Selain penjelasan di atas, perlu juga diingatkan bahawa kata-kata pemeri lazimnya tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata ketja. Oleh yang demikian, penggunaan kata pemeri "adalah" dalam ayat-ayat berikut dianggap menyalahi tatabahasa Bahasa Melayu:

(i) "Adalah" dimaklumkan bahawa permohonan tuan telah diluluskan.
(ii) "Adalah" diisytiharkan bahawa han Raya Puasa jatuh pada han Rabu.
(iii) Kemalangan jalan raya "adalah" disebabkan oleh kecuaian pemandu.
(iv) "Adalah" dimaklumkan bahawa tanikh pilihan raya telah ditetapkan pada han Selasa.

Ayat-ayat yang salah di atas sehanusnya berbentuk seperti yang berikut:

(i) Dengan ini "dimaklumkan" bahawa permohonan tuan telah diluluskan.
(ii) Dengan ini "diisytiharkan" bahawa Han Raya puasa jatuh pada han Rabu.
(iii) Kemalangan jalan raya "disebabkan" oleh kecuaian pemandu.
(iv) Anda "dimaklumkan" bahawa tanikh pilihanraya telah ditetapkan pada han Selasa.

Satu lagi aspek menarik dalam kata pemeni, iaitu "ialah" dan "adalah" tidak perlu wujud dalam sesuatu ayat, yakni kata pemeri ini boleh digugurkan. Contoh:
(i) Gadis yang jelita itu "ialah" anak Pak Mat.
(ii) Pakaian yang dipakai oleh Ali itu adalah terlalu mahal.

 

Sebagai penutup, penggunaan kata pemeri itu terbatas, dan amat tidak digalakkan dalam pembentukan ayat Bahasa Melayu. Tetapi ramai pelajar masih menggunakannya tanpa mengetahui cara penggunaanya yang sebenar. Dengan penerangan di atas diharapkan, para pelajar dapat mengetahui cara penggunaanya dan akan menggunakannya dengan lebih jitu.

Dirujuk dan diubahsuai oleh Puan Idai dari Tatabahasa Dewan, Edisi Baru, 1993.

 

Latihan Pengukuhan :

 

Cuba isikan tempat tempat  kosong di bawah ini dengan kata pemeri ialah atau adalah  yang sesuai.

 

1.   Dr Quek yang berucap di perhimpunan sekolah ________ bekas  

            penuntut sekolah ini.

 

2.       Penuntut perempuan yang jelita itu ___________ tunangan orang.

 

3.       Tiada siapa yang menyangka dia  _________ sangat garang orangnya.

 

4.       Penyakit Hussein yang berjangkit itu _________ penyakit yang tiada penawarnya lagi.

 

5.       Matlamat mengadakan lelaman web Bahasa Melayu ________ untuk memberi pengajaran yang lebih berkesan.

 

6.       Pasar serbanika itu yang dibuka di kawasan itu_____________ untuk kemudahan penduduk di situ.

 

7.       Rumah baru di hadapan rumah saya itu ________ milik Encik Mokhtar.

 

8.       Salah satu masalah remaja ________ tabiat membelanjakan wang dengan berlebihan.