WADAH XINMIN
Arkib | Tenaga Pengajar Di Xinmin | Faktor X | Mari Belajar Bahasa | Forum Perdana | Kertas Latihan Bahasa | Karya Kreatif | Link Istimewa

Home









3 Ekspres Kertas 2 ( Jun )

BAHAGIAN A

Soalan A1 (10 markah)

 

Arahan:        Baca dengan teliti petikan berikut. Pilih perkataan yang sesuai bagi perkataan-perkataan yang diberi tanda kurung bagi melengkapkan jalan ceritanya.

 

                        Dalam perubahan bentuk dan senjata dalam peperangan zaman sekarang, tentulah silat sudah tidak mempunyai fungsi lagi di dalamnya. Silat sekarang ini, seperti juga dengan jenis seni ____(1)____ (menguasai, mempertahankan, melindungi, menyelubungi) diri bangsa timur yang lain, sudah berubah menjadi suatu seni dan sukan ____(2)____ (semata-mata, setidak-tidaknya, sekurang-kurangnya, sekiranya). Walaupun demikian, ia ialah suatu seni dan sukan yang berbeza ____(3)____ (dengan, kepada, di, daripada) jenis-jenis sukan yang lain. Selain ia memerlukan ____(4)____(langkah, laku, gerak, jalan) jasmani yang secekap-cekapnya dan selincah-lincahnya, ia ____(5)____ (jika, juga, hanya, akan) memerlukan latihan rohani yang tinggi.

 

                        Kedua-dua latihan jasmani dan rohani ini ____(6)____ (bercampur, bersua, bersatu, bergumpal) dalam silat seperti yang dikemukakan oleh pelbagai ____(7)____ (pertubuhan, perbadanan, persatuan, perindustrian) yang terdapat sekarang. Dalam latihan rohaninya itu termasuklah juga disiplin yang ketat yang setiap ahli sudah bersumpah terlebih dahulu untuk mematuhinya. Justeru itu silat ialah suatu seni dan sukan yang ____(8)____ (paling, terlalu, tersangat, pasti) baik bagi anak-anak muda sekarang. Ia akan mengajar mereka supaya sentiasa ____(9)____ (berjaga, waspada, was-was, mensyaki) berbadan dan berfikiran sihat dan lincah serta dalam masa yang sama _____(10)_____ (menimbuskan, mengebumikan, menanamkan, menguburkan) pula bibit disiplin yang ketat kepada mereka.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soalan A2 (10 markah)

 

Araha            n:         Pilih peribahasa yang sesuai daripada senarai yang diberi

bagi mengisi tempat-tempat kosong di bawah ini bagi melengkapkan jalan ceritanya.

 

A.          Gajah mati meninggalkan tulang, manusia mati meninggalkan nama

B.            Orang buta kehilangan tongkat

C.          Menantikan nasi disajikan kelutut

D.          Buah padi, makin berisi makin rendah, jangan seperti lalang, makin lama makin menjadi

E.            Besar periuk, besar keraknya

F.            Nasi sudah menjadi bubur

G.         Gunung yang tinggi akan runtuh jika setiap hari digali

 

 

 

Ustaz Raihan sering mengingatkan murid-muridnya supaya

bekerja keras dalam hidup dan jangan hanya mengharapkan belas kasihan dan pertolongan orang sahaja seperti _____(11)_____. Nasihatnya itu disampaikan dalam kelas agama yang dijalankan di flatnya pada setiap hujung minggu. Beliau juga melarang mereka menyombong diri apabila berjaya kelak. Mereka sepatutnya mengamalkan sikap _____(12)____ iaitu selalu merendah diri.

 

                        Turut menjadi sasaran dalam teguran Ustaz Raihan ialah kaum ibu yang hadir dalam kelasnya. Beliau menegaskan bahawa mereka tidak harus boros dan berbelanja sesuka hati seperti kata pepatah _____(13)_____. Perbuatan seperti ini akan menghabiskan segala wang perbelanjaan dengan cepat kerana _____(14)_____.

 

                        Bimbingan Ustaz Fahmi dihargai oleh murid-muridnya. Namun, tanpa disangka-sangka beliau meninggal dunia dengan tiba-tiba akibat serangan jantung. Sekarang nama dan jasa beliau masih disebut dan diingati oleh murid-muridnya seperti kata pepatah____(15)____.

 

 

Soalan A3 (5 markah)

 

Arahan:        Dalam setiap ayat berikut terdapat penggunaan perkataan melepaskan. Gantikan perkataan itu dengan sepatah perkataan daripada senarai yang diberi supaya tidak mengubah maksud ayat-ayat itu.

 

                        menceraikan      mengizinkan        membayar       memuaskan

                        menghilangkan  menghantar       menjalankan

                      mengusir                 menghapuskan  membalas

 

16.             Selepas sehari suntuk bekerja di dapur, Mariam berbaring untuk melepaskan penatnya.

 

17.             Dengan rela hati Encik Hasan melepaskan anaknya ke Australia demi melanjutkan pengajiannya.

 

18.             Haji Halim mengadakan kenduri itu untuk melepaskan nazar.

 

19.             Polis berkata bahawa pembunuhan itu berlaku kerana melepaskan dendam.

 

20.             Orang itu melepaskan isterinya hanya setelah terbukti isterinya itu berlaku curang.

 

 

Soalan A4 (15 markah)

 

Arahan:        Bina sepotong ayat yang sesuai dengan menggunakan setiap perkataan yang diberi.

 

21.       pupus

 

22.       disampaikan

 

23.       kebelakangan

 

24.       perlu ditegur

 

25.       merunsingkan fikiran

 

Soalan A5 (10 markah)

 

Arahan:        Isikan tempat-tempat kosong dalam petikan di bawah ini dengan sepatah perkataan yang sesuai dengan jalan ceritanya. Kemudian, tulis jawapan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.

 

                        Hatinya begitu resah mengenangkan ibunya yang terlantar di atas katil. Sudah seminggu ibunya tidak ___(26)___ sebarang makanan. Wajahnya yang dahulunya sentiasa ____(27)____ dengan senyuman kini begitu ____(28)____. Agaknya terlalu ____(29)____ penanggungan ibu! Tanpa disedari, air jernih _____(30)_____ di pipinya.

 

                        Dia terkenang akan kasih sayang dan ____(31)_____ibunya selama ini. Padanya tidak ada orang yang _____(32)____ mulia di dunia ____(33)____ ibunya. Dalam hatinya dia berdoa agar ibunya ____(34)____ sembuh. Dia menoleh. Dia begitu terkejut melihat ibunya sudah tidak _____(35)____ lagi di atas katilnya.

 

 

 

Bahagian B (12 markah)

 

Arahan:        Berdasarkan petikan di bawah ini, jawab butiran-butiran yang berikut dengan memilih jawapan yang disediakan.

 

            Apakah pencapaian wanita kita hari ini? Kita sekarang ini mempunyai menteri wanita, cendekiawan wanita yang dihormati, ahli-ahli perniagaan wanita yang berjaya dan wanita-wanita profesional.

 

            Namun rata-rata masyarakat menyifatkan keseluruhannya wanita kita masih pasif dan tidak berjiwa besar. Mentaliti wanita kita hari ini tidak banyak berubah daripada mentaliti wanita zaman dahulu. Wanita adalah makhluk yang perlu dilindungi. Ini menyebabkan kebanyakan pertubuhan wanita merupakan pertubuhan kebajikan.

 

 

 

            Apakah sebenarnya imej wanita yang ideal? Adakah imej wanita yang ideal ialah wanita yang bersemangat kuat, ada ketahanan diri, aktif, progresif dan dinamis? Imej wanita masa kini bulat-bulat dibentuk dan dicorakkan oleh media massa. Media massa ini telah mempengaruhi masyarakat terhadap wanita dengan penilaian mereka yang sudah tentu tidak diragukan. Melalui pengiklanan misalnya, wanita digambarkan sebagai wanita bodoh dan anak patung. Wanita sebagai hiasan di dalam iklan, kerana mereka mempunyai daya penarik perhatian. Namun wanita terkeliru dan menganggap ini adalah peluang mendapatkan imej glamour dan rela kejelitaannya diperdagangkan.

 

            Kaum wanita kian lama bertarung dengan krisis identiti. Pada satu pihak mereka mengejar imej progresif, bebas dan cerdik; manakala pada satu pihak yang lain mereka mahu kekalkan ciri-ciri kewanitaan yang ideal, keibuan, pengasih dan bersopan santun. Percanggahan identiti ini menimbulkan banyak pendapat terhadap wanita. Antaranya berpendapat bahawa wanita boleh menjadi ketua, pentadbir atau pengurus yang baik.

           

            Wanita mestilah memancarkan satu imej baru untuk menentang metos dan fitnah yang tersebar sejak sekian lama. Metos dan fitnah yang telah menerapkan wanita sebagai kaum yang lemah, bodoh, dan anak patung. Yang lebih penting lagi ialah wanita mestilah membuktikan kemampuannya melaksanakan komitmen dalam masyarakat moden hari ini.

 

            Pertambahan bilangan wanita di dalam pelbagai bidang membuktikan bahawa wanita boleh berbuat apa sahaja selain daripada menjadi guru dan jururawat.

 

 

36.       Apakah yang menyebabkan pertubuhan wanita berbentuk kebajikan?

A         Wanita merupakan kaum yang ada daya penarik

B          Mereka adalah kaum yang inginkan perlindungan

C         Mereka adalah kaum yang inginkan bantuan

D         Wanita merupakan kaum yang pengasih

 

37.       Imej wanita ditentukan dengan pemaparan

A         mereka di kaca televisyen

B          mereka di akhbar-akhbar

C         keperibadian dan ideal mereka di televisyen

D         keperibadian dan ideal mereka di media massa

 

38.       Apakah keistimewaan wanita dalam iklan?

A         Wanita digambarkan sebagai bodoh

B          Wanita mempunyai sifat anak patung

C         Daya tarikannya

D         Paras kejelitaannya

 

 

39.       Dua krisis identiti yang dihadapi kaum wanita ialah

A         antara imej progresif dan imej kewanitaan

B          antara imej progresif dan imej kebebasan

C         antara imej keibuan dan imej kewanitaan

D         antara imej glamour dan imej progresif

 

40.       Keinginan imej glamour, wanita sanggup

A         buat apa sahaja

B          dipergunakan oleh media massa

C         berusaha sedaya upaya

D         meninggalkan imej lama

 

41.       Cendikiawan membawa maksud __________

A         bijak pandai

B          berwibawa

C         berbudi bahasa

D         berdedikasi

 

Bahagian C (28 markah)

 

Arahan:        Baca dengan teliti karangan di bawah ini. Kemudian, jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

 

            Masni duduk termenung seorang diri di bawah sebatang pohon yang rendang di hujung padang. Dengan tidak disedarinya, air matanya meleleh membasahi pipinya. Tiba-tiba dia tersentak bila terdengar suara Zuraidah menegurnya.

 

            Mas, tak usahlah kau bersedih lagi. Yang pergi tetap pergi dan tak akan kembali lagi. Kita yang hidup harus bersabar dan berdoa agar Tuhan mencucuri rahmat ke atas rohnya, pujuk Zuraidah dengan lembut.

 

            Tapi Idah, aku sedih bila mengenangkan cara kematiannya yang mengerikan. Aku tak sangka dia akan pergi dengan mengejut begitu. Tak sempat dia melihat kami dewasa dan membalas jasa-jasanya, kata Masni dengan hibanya.

 

            Sudah memang nasib dan takdir yang menentukan segala-galanya, Mas. Kau harus menerimanya dengan hati yang tabah. Bersabarlah, Mas, jangan terus bersedih begini, nanti kau sakit pulak. Marilah kita ke kantin, ajak Zuraidah.

 

            Aku tak ada selera nak makan, Idah. Pergilah kau makan kalau kau lapar. Tinggalkan aku sendirian di sini, balas Masni.

 

            Tak usahlah begitu, Mas. Tak patut kau biarkan perut kau kosong, nanti masuk angin. Kalau tak mahu makan, sekurang-kurangnya minuman panas, Zuraidah terus memujuk.

 

            Idah, aku fikir, aku nak berhenti sekolah, kata Masni lagi.

 

            Apa? Hendak berhenti sekolah? Tapi kenapa? Tanya Zuraidah dengan suara yang agak meninggi sedikit.

 

            Aku nak cari kerja untuk membantu emakku. Biar adik-adikku, Rahim dan Suhaimi saja yang teruskan pelajaran mereka sampai tamat, balas Masni.

 

            Tapi kerja apa yang boleh kau dapat dengan kelulusan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah saja? Sedangkan lulusan universiti, GCE peringkat A pun susah nak dapat kerja, inikan pula kita. Aku fikir, Cikgu Zainab pun tentu tidak setuju kalau kau beritahu dia rancangan kau, kata Zuraidah dengan bersungguh-sungguh. Pelajaran kau baik, Mas. Ada harapan masuk ke menengah empat dan lulus peperiksaan Sijil Am Pelajaran tahun depan. Sayang kalau kau berhenti sekerat jalan, Mas, pujuk Zuraidah bila dilihatnya Masni membisu sahaja.

 

            Tapi aku kasihan melihat emakku. Tentulah dia terpaksa bekerja bertungkus lumus untuk memelihara dan menyekolahkan kami tiga beradik. Arwahnya tidak meninggalkan sebarang harta melainkan rumah flat tiga bilik itu. Kalau aku kerja, sekurang-kurangnya ringan sedikit beban emakku, tingkah Masni pula.

 

            Aku percaya kau boleh memohon bantuan pemerintah, begitu juga adik-adik kau. Cikgu Zainab tentu bersedia menolong kau dalam hal ini. Tak usahlah kau bimbang dan tak baik membuat keputusan dengan terburu-buru. Dengarlah nasihatku, Mas. Ketika itu kedengaran bunyi loceng sekolah berdering.

 

            Marilah kita balik ke kelas kita, Mas. Selepas nanti, kita boleh berbual panjang lagi, kata Zuraidah sambil menarik tangan Masni.

 

                                                                                                                            

42.       Mengapakah Masni bersedih hati dengan kematian dia?

 

            ___________________________________________________________________

 

            ___________________________________________________________________

 

            ___________________________________________________________________

 

 

43.       Apakah hubungan Zuraidah dengan Masni dan apakah nasihatnya untuk Masni?

 

            ___________________________________________________________________

 

            ___________________________________________________________________

 

            ___________________________________________________________________

 

 

44.       Perkara apakah yang sedang difikirkan oleh Masni dan mengapakah dia berfikiran demikian?

 

            ___________________________________________________________________

 

            ___________________________________________________________________

 

            ___________________________________________________________________

 

 

45.       Bagaimanakah reaksi Zuraidah terhadap rancangan Masni dan mengapa Zuraidah berkata demikian?

 

            ___________________________________________________________________

 

            ___________________________________________________________________

 

            ___________________________________________________________________

 

 

46.       Nyatakan dua alasan Zuraidah untuk memujuk Masni supaya tidak meneruskan rancangannya itu.

 

            ___________________________________________________________________

 

            ___________________________________________________________________

 

            ___________________________________________________________________

 

 

47.       Apakah dua sifat yang ada pada diri Masni? Beri contoh bagi menyokong.

 

            ___________________________________________________________________

 

            ___________________________________________________________________

 

            ___________________________________________________________________

 

 

48.       Beri dua pengajaran yang kamu perolehi daripada cerita ini.

 

            ___________________________________________________________________

 

            ___________________________________________________________________

 

            ___________________________________________________________________