WADAH XINMIN
Arkib | Tenaga Pengajar Di Xinmin | Faktor X | Mari Belajar Bahasa | Forum Perdana | Kertas Latihan Bahasa | Karya Kreatif | Link Istimewa

Home









Ismadi 3N2

Ismadi 3N2
dscf0065.jpg

PASRAH

Pepohon dan dedaun yang rapuh kekeringan kini kuyup dan lusuh dibasahi hujan yang turun mencurah- curah. Sekilas panahan halulintar yang membelah awang - awangan tebal kemudian diiringi pula dengan dentuman guruh di langit mengejutkan aku daripada lamunan seribu mimpi. Dalam kesyahduan  dan kedinginan pagi aku terkenang akan peristiwa itu. Perasaan gelisah  menyelubungi diriku. Aku takut. Aku takut rahsia itu terbongkar suatu hari nanti.
 
Dahulu aku merupakan seorang pelajar nakal  di sekolah. Aku sering sekali melanggar peraturan dan undang - undang yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Aku banyak berbohong kepada orang tuaku dan meyakinkan mereka aku akan ke sekolah dan jika aku pulang lewat, aku akan memberi alasan bahawa aku mempunyai kelas tambahan. Sekiranya aku berada di sekolah, aku hanya akan membuang masa dengan teman - temanku yang sekepala denganku.
 
Pada suatu hari, sedang kumpulanku duduk bersembang dan berbuat bising seperti budak tidak tentu hala tujuannya, sekumpulan remaja dengan tidak semena - semena menegur kumpulanku dengan suara yang amat lantang. Mereka berteriak bahawa kumpulanku telah menentang mata dengan salah seorang dari ahli kumpulan mereka. Mereka menunjukkan rasa tidak puas hati. Mereka berasa marah dan langsung, salah seorang dari kumpulan itu menendang kaki salah seorang ahli kumpulanku, ketua kumpulanku Ahmad. Maka tercetuslah satu pergaduhan . Kumpulan mereka mula mengeluarkan senjata - senjata tajam yang direka sendiri daripada besi - besi paip dan juga gergaji dan kapak- kapak karat. Mereka menyerang kami dengan dasyat sekali. Memandangkan kami tidak mempunyai apa - apa senjata untuk melindungi diri kami, kami mencapai apa sahaja yang berdekatan, termasuklah kerusi- kerusi dan apa sahaja yang berdekatan. Aku dengan pantas mencapai sebatang kayu yang tajam lalu menikam salah seorang daripada ahli kumpulan mereka.Dengan kemarahan dan dalam perasaan geram aku menunjukkan keberanianku.
 
Darah merah menyala mula membasahi lantai. Aku berasa takut lalu melarikan diri. Begitu juga dengan rakan - rakanku yang lain. Kami bertempiaran melarikan diri walaupun ada dari rakan- rakanku yang tercedera sehinggakan baju mereka berubah wajah, dari putih ke merah, dari bersih dan kering hingga basah dan kotor.
 
Setibanya aku di rumah, aku terus mengurungkan diri. Nasib baik tandasku terdapat di dalam bilikku juga. Aku lantas membersihkan diriku dan mengocok - ngocok bajuku yang dicorakkan dengan darah pemangsa, sehinggakan tiada kesannya lagi kelihatan. Mujur juga ibu dan bapaku serta adik beradikku yang lain tiada di rumah.
 
Setelah aku berpuashati dengan apa yang sudahku lakukan untuk menutup apa jua yang berlaku, aku cuba melelapkan mata. Namun, setiap kali aku cuba melelapkan mata,masa itu jugalah wajah yang berlumuran darah itu menghantui diriku. Dia menghantui tidurku semenjak hari itu. Kini semuanya sudah terjadi bak kata perpatah, nasi telah menjadi bubur, tiada apa lagi yang dapat aku lakukan. Aku tidak boleh merubah apa yang terjadi lagi.
 
Selang beberapa hari, aku diberkas polis atas tuduhan pergaduhan berkumpulan. Aku membela diriku dengan mengatakan, aku berbuat demikian atas alasan melindungi diri sendiri. Ini pula disahkan oleh beberapa orang yang melihat kejadian itu. Aku terselamat dari hukuman, namun di lubuk hatiku, aku tahu, aku juga bersalah, aku menikam pemuda itu sehingga dia buta di sebelah mata. Namun, aku anak lelaki, aku harus mempertahankan diri.
 
Rahsia sebenar kejadian ini tidakku ceritakan kepada orang lain selain keluarga sendiri. Sehingga sekarang, aku telah dewasa, telah berjawatan tinggi, telah merubah nasibku, aku masih teringatkan peristiwa itu. Aku menyesal mempunyai masa muda yang begitu bercelaru. Namun aku sedar, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Aku pasrah. Aku mahu berjaya, aku mahu lupakan segalanya. Namun mampukah aku ?